Siakap Keli
tips periksa brake pad kereta
Gambar: TikTok @pakwee_oe

Jangan Biar Sampai Haus, Ini Tips Periksa “Brake Pad” Kereta

Jangan Biar Sampai Haus, Ini Tips Periksa “Brake Pad” Kereta

Umumnya, kereta merupakan kenderaan yang sering digunakan oleh orang ramai untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi khususnya jarak jauh.

Oleh itu, alatan dalaman enjin atau tayar perlu sentiasa diperiksa bagi memastikan kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat.

Namun, bagi sesetengah orang ia bukanlah masalah besar. Perkara ini sebenarnya boleh memberi impak kepada kereta anda dalam jangka masa panjang.

Antara bahagian kereta yang dipandang remeh oleh orang ramai termasuklah brake pad.

Kebiasaannya, orang ramai tidak mengetahui cara untuk menyemak bilakah jangka hayat brake pad patut ditukar. Bahkan ada yang menggunakan brake pad sehingga haus atau bergeser.

Jadi bagaimanakah cara untuk mengetahui brake pad kereta anda patut ditukar? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian individu yang dikenali sebagai Pak Wee di bawah.

Berdasarkan video yang dimuat naik olehnya, sebenarnya orang ramai tidak perlu pergi ke kedai kereta berhampiran untuk memeriksa keadaan brake pad kenderaan.

Anda sendiri boleh memeriksa brake pad di rumah sahaja. Caranya mudah sahaja.

Tips Periksa Brake Pad Kereta

Untuk pengetahuan, anda boleh memeriksa brake pad kereta dengan hanya melihat tangki minyak brek. Hal ini kerana tangki minyak brek mempunyai sukatan maksimum dan minimum.

Bila patut tukar?

Jika sukatan minyak brek berada pada bawah sukatan atau pada tahap minimum. Ia menunjukkan anda perlu menukarkan brake pad dengan kadar segera.

“Kalau minyak brek kereta dalam keadaan takde bocor, dia ada maksimum dan minimum.

“Okay bila dia turun sampai minimum, maknanya brake pad kita dah nak mula haus dan korang boleh bawa pergi kedai pomen untuk check tengok kapasiti brake pad itu boleh pakai lagi atau tidak,” ujarnya.

BACA JUGA: Tak Perlu Pergi Bengkel, Abang Ni Tunjuk Cara Tukar Sendiri “Wiper” Kereta 

Sekiranya sukatan tangki minyak brek berada pada takat maksimum atau sederhana bermakna brake pad anda masih berada dalam keadaan tebal.

“Kalau level minyak tinggi dekat max, maknanya brake pad korang dalam keadaan masih tebal,” kata Pak Wee.

Semoga bermanfaat!

@pakwee_oe

Tips untuk check Break Pad Habis ke idak👍 #pakwee #dtinzautodetailing #utkkomeajerr #fypmalaysia #longervideos #longervideosontiktok #fyp #fypmalaysia🇲🇾 #knowlage #tips #tipskereta #MALAYSIAN #breakpads #breakpad #pomensendiri

♬ presentation – TimTaj

Sumber: TikTok @pakwee_oe

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"