Lelaki Positif Covid-19 Sengaja Batuk Ke Arah Rakan Dijatuhi Hukuman Penjara
Seorang lelaki dilaporkan bakal dipenjara selama dua minggu selepas sengaja batuk pada rakan sekerja setelah disahkan positif Covid-19, lapor CNA.
Ketika kejadian, lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci itu dilaporkan sengaja batuk pada rakan sekerjanya dengan membuka topeng mukanya sebelum melakukan perbuatan tersebut.
Lelaki berusia 64 tahun itu dijatuhi hukuman penjara selama dua minggu pada Isnin, 18 September lalu.
Tertuduh mengaku bersalah di atas pertuduhan melanggar peraturan Covid-19 kerana gagal memakai topeng muka semasa berada di luar rumah.
Dalam pembacaan pertuduhan, tertuduh dikatakan bekerja sebagai tukang cuci untuk Leong Hup Singapura ketika kejadian.
Selepas melaporkan diri untuk bekerja di Senoko Way pada pagi 18 Oktober 2021 lalu, dia memberitahu penolong pengurus logistik bahawa dia berasa tidak sihat.
Dia kemudiannya diarahkan untuk melakukan ujian pantas antigen (ART).
Hasil keputusan itu, tertuduh telah disahkan positif Covid-19 dan dia diarahkan untuk pulang ke rumah.
Penolong pengurus logistik yang mengetahui berkenaan hasil ujian tersebut telah memberitahu rakan sekerja tertuduh yang lain.
Bagaimanapun, tertuduh tidak segera pulang ke rumah sebaliknya dia sempat pergi ke pejabat logistik syarikat untuk memaklumkan kepada penolong pengurus logistik tentang keputusan ujian itu.
Seorang penyelia logistik berusia 40 tahun kemudiannya meminta tertuduh meninggalkan pejabat dan membuat isyarat agar menyuruhnya pergi.
Tertuduh berlalu pergi ke pintu, namun dia telah bertindak berpatah balik dan batuk sebanyak dua kali di dalam pejabat itu dengan memakai topeng mukanya.
Penyelia yang tidak senang dengan aksi itu telah menutup pintu pejabat, tetapi tertuduh telah membukanya lalu membuka topengnya dan batuk buat kali ketiga.
Perbuatan itu telah berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup di pejabat yang berhawa dingin dan tertutup itu.
Selepas kejadian tersebut, tertuduh telah pergi ke poliklinik untuk melakukan satu laji ujian swab dan mengambil sijil cuti sakit selama tiga hari.
BACA: Dah Cuba Macam-Macam Perniagaan, Pasangan Tak Sangka Idea Meniaga Nasi Lemak Myvi Merah Berhasil
Susulan kejadian itu, penolong pengurus logistik syarikat tersebut kemudiannya telah membuat laporan polis.
Semasa siasatan, tertuduh berkata bahawa dia telah batuk pada rakan sekerjanya hanya sebagai satu gurauan.
Timbalan Pendakwa Raya Sruthi Boppana berkata perkara itu bukan bahan ketawa dan tertuduh telah mengingkari arahan untuk meninggalkan premis.
Dia sebaliknya bertindak kembali ke premis dan batuk dengan sengaja kepada rakan sekerjanya.
Akibat melanggar peraturan Covid-19, tertuduh boleh dipenjara sehingga enam bulan didenda sehingga 10,000 dolar Singapura atau kedua-duanya sekali.
Sumber: CNA