Siakap Keli
instagram nahas putrajaya
Kredit Sinar Harian

“Post” Terakhir Di Akaun Instagram Mangsa Nahas Putrajaya Seakan Petunjuk Nak Pergi Selamanya

“Post” Terakhir Di Akaun Instagram Mangsa Nahas Putrajaya Seakan Petunjuk Nak Pergi Selamanya

Putrajaya- Sebuah hantaran muat naik Instagram yang dibuat oleh seorang mangsa nahas kemalangan di Putrajaya pagi tadi raih perhatian ramai.

“Ke mana hala tuju selepas ini?” tulis hantaran mangsa yang dikenali sebagai Faris Haziq Abu Bakar, 25, di akaun Instagram miliknya berserta sekeping gambar.

Mangsa adalah salah seorang daripada mangsa nahas kemalangan yang melibatkan 14 kenderaan di Kilometer 5.7 Jalan Persiaran Utara, Putrajaya.

Menurut Syafiq Abu Suffian, 25, rakan kepada Allahyarham, dia tidak menyangka hantaran itu adalah yang terakhir dikongsikan oleh Faris Haziq.

Muat naik hantaran itu dikatakan telah dibuat oleh Faris Haziq pada empat hari yang lalu.

“Arwah yang saya kenali merupakan seorang insan ceria dan suka bergurau dengan rakan-rakannya. Namun sejak beberapa hari lalu, arwah lebih gemar berdiam diri.

“Tapi perubahan sikapnya itu tidaklah ketara. Kami pun tak sangka itu antara petanda yang dia akan meninggalkan kami buat selamanya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Putrajaya di sini pada Rabu.

Seorang lagi rakan Allahyarham, Muhammad Azren Nordin, 30, berkata bahawa Allahyarham adalah merupakan seorang yang sangat mementingkan persahabatan.

“Saya kenal dia sejak tujuh tahun yang lalu. Dia memang amat rapat dengan kami. Kalau kata nak pergi ke mana-mana, mesti dia akan ajak kami bersama.

“Saya akui amat terasa kehilangan arwah, tak dapat nak gambarkan perasaan saya ketika ini. Saya doakan agar roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat dan diberikan kekuatan buat keluarganya menghadapi semua ini,” katanya.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Dalam kejadian kira-kira jam 10.14 pagi itu, dua penunggang motosikal dilaporkan telah terkorban.

Tujuh individu lain pula dilaporkan mengalami kecederaan selepas sebuah treler yang datang dari arah belakang merempuh 13 kenderaan lain di Persiaran Utara.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika kesemua kenderaan yang terlibat tersebut sedang berhenti bagi memberi laluan kepada latihan konvoi Le Tour de Langkawi (LTdL).

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.