Siakap Keli
pro bono peguam
Gambar: TikTok @aidilakmal__

“Terus Datang Peluk,” Bantu Secara Pro Bono, Peguam Kongsi Kisah Sayu Didatangi Bapa Tertuduh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Terus Datang Peluk,” Bantu Secara Pro Bono, Peguam Kongsi Kisah Sayu Didatangi Bapa Tertuduh

Setiap kesalahan atau bentuk kejahatan pastinya perlu dihukum dengan hukuman yang setimpal. Oleh itu, wujudnya sistem perundangan dan kehakiman bagi mengadili setiap jenayah.

Tidak kira ia melibatkan kesalahan sivil mahupun berlandaskan syariat Islam perlu diadili di mahkamah yang telah ditetapkan bidang kuasanya.

Perkara ini setidak-tidaknya menimbulkan kesedaran kepada pesalah ataupun individu yang ingin berjinak dalam kes-kes jenayah. Secara tidak langsung ia akan membendung kadar jenayah dalam negara.

Bagi mereka yang bakal didakwa (defendan) di Mahkamah, kebiasaan akan datang bersama peguam bela untuk mempertahankannya di hadapan hakim.

Jika tidak, defendan bakal berdepan dengan hukuman atau denda sekiranya gagal memberi keterangan munasabah.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu perkongsian pengalaman oleh seorang peguam, Aidil Akmal di platform TikTok.

Menurutnya, ketika hadir ke Mahkamah untuk proses kes anak guamnya pada pagi hari, dia melihat kelibat seorang anak muda duduk di atas kerusi roda dengan berkaki simen.

Individu itu berumur lingkungan 29 tahun. Sewaktu namanya dipanggil dan pertuduhan dibicarakan, pemuda itu mengaku bersalah.

BACA JUGA: Tak Perlu Pergi Bengkel, Abang Ni Tunjuk Cara Tukar Sendiri “Wiper” Kereta 

Bagaimanapun, Aidil menjelaskan, dia tidak sampai hati melihat pemuda berkenaan tergagap-gagap seperti bingung untuk berkata ketika rayuan hukuman ditanyakan.

“Dan bila Puan Majistret tengok aku, aku pun tengok dia. So aku bangunlah tolong explain balik dekat anak muda tu apa yang berlaku dan aku wakilkan diri as peguam pro bono untuk dia.

“Syukur Alhamdulillah setelah selesai rayuan, mahkamah hanya mengenakan hukuman denda sahaja tanpa dikenakan hukuman penjara,” katanya.

Habis sahaja perbicaraan itu, dia didatangi oleh seorang lelaki yang merupakan bapa kepada Orang Kena Tuduh (OKT) tadi.

Sayu Hati 

Belum sempat berbuat apa-apa, lelaki tersebut menghulurkan tangan untuk bersalam dan memeluk Aidil kerana memberikan pertolongan dalam kes berkenaan.

Jelas lelaki itu, dia sebelum ini buntu kerana tidak berjaya mendapatkan peguam untuk anaknya.

Kata Aidil, mendengar luahan ayah kepada OKT telah menyentuh hatinya. Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaannya itu lebih-lebih lagi tiada peguam yang mahu membela anaknya sebelum ini.

“Hati aku sayu dan bagitau dekat pakcik tu apa yang aku buat hari ini hanya jadi penyampai sahaja, dan yang berlaku adanya izin Allah. Aku percaya hati aku terdetik untuk tolong sebab izin Allah, berkat doa pakcik tu,” tulisnya.

Adil yang juga seorang peguam menasihatkan sebelum melakukan apa-apa kesalahan jenayah, perlu diingatkan negara ini mempunyai undang-undang.

Bukan sahaja itu, setiap tindakan yang ingin dilakukan, berfikir dahulu tentang nasib orang-orang tersayang yang bakal menimpa.

Sumber: TikTok @aidilakmal__

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?