Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Banjir Kilat: Satu PPS Dibuka Di Taiping Libatkan 57 Mangsa
IPOH, 21 Sept (Bernama) — Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Simpang Halt dekat Taiping susulan banjir kilat yang berlaku di kawasan berkenaan akibat hujan berterusan selama dua jam hari ini.
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, PPS itu dibuka pada 2.25 petang bagi menempatkan 57 mangsa daripada 18 keluarga.
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk Kampung Simpang Halt melibatkan lapan kanak-kanak lelaki, enam kanak-kanak perempuan serta 20 lelaki dewasa dan 23 perempuan dewasa.
BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas
Menurut kenyataan itu lagi, kedalaman banjir adalah kurang 0.5 m, bagaimanapun air dilaporkan mulai surut.
Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) turut memaklumkan penutupan jalan di FT077 jalan Pengkalan Hulu – Sempadan Thailand Seksyen 5 di Hulu Perak akibat berlakunya runtuhan dan pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) telah dilaksanakan di kawasan terbabit.
JKR turut menutup jalan A 156 Jalan Karai – Jawang Trosor di Kuala Kangsar kepada semua laluan kenderaan.
Sumber: BERNAMA