Siakap Keli
gangguan seksual pendakwah terkenal
Kredit: BERNAMA

Gangguan Seksual: 13 Individu Dipanggil Bantu Siasatan Kes Pendakwah Terkenal – Bukit Aman

Gangguan Seksual: 13 Individu Dipanggil Bantu Siasatan Kes Pendakwah Terkenal – Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Seramai 13 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual, membabitkan seorang pendakwah terkenal.

Bercakap kepada pemberita dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata siasatan berkenaan dibuat, susulan terdapat dua laporan yang diterima pihaknya.

Siasatan membabitkan laporan seorang wanita yang dikenali sebagai Mondy Tatoo, yang mendakwa dirogol pendakwah terlibat dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, manakala laporan penafian yang dibuat pendakwah berkenaan terhadap dakwaan yang dibuat mangsa, mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mohd Shuhaily turut menafikan dakwaan bahawa telefon bimbit Mondy dirampas polis, sebaliknya menegaskan ia diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada bagi membantu siasatan.

“Ada peruntukan undang-undang untuk (telefon) diambil untuk membantu siasatan, sebab polis hendak tengok kandungan sama ada selari atau tidak dengan apa yang dia kata. Nak tengok daripada segi masa kandungan dan sebagainya.

“Buat masa ini polis masih lagi menjalankan siasatan, mungkin perlu panggil beberapa saksi lagi untuk diambil kenyataan,” katanya.

BACA: Kes Ebit Lew: Polis Akan Panggil Caprice, Wanita Indonesia Bantu Siasatan

Mohd Suhaily turut mengesahkan Mondy yang juga pempengaruh media sosial itu, masih berada di negara ini selain menjelaskan permohonan maaf yang dibuat seorang lelaki yang dipercayai bapa Mondy terhadap pendakwah itu baru-baru ini, tidak boleh diguna pakai dalam siasatan memandangkan ia dibuat di Indonesia dan tertakluk kepada bidang kuasa pentadbiran pihak berkuasa negara itu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohd Shuhaily memaklumkan polis berjaya menyelamatkan seorang warga asing yang diculik di Pulau Pinang baru-baru ini dan perincian penuh mengenainya akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin, esok.

“Saya juga hendak maklumkan kejayaan itu merupakan hasil kerjasama Polis Kontinjen Pulau Pinang, Selangor dan Bukit Aman,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.