Siakap Keli
Lelaki lokching lain dari yang lain

Ada Tupat Sotong, Beef Skewer & Banyak Lagi, Lelaki Nekad Jual Lokching Lain Dari Yang Lain

Ada Tupat Sotong, Beef Skewer & Banyak Lagi, Lelaki Nekad Jual Lokching Lain Dari Yang Lain

Sejak kebelakangan, kita sering melihat lokching sebab satu makanan on-the-go yang sering di jual di jalanan. Di samping rasanya yang lazat, makanan ini boleh dijamah begitu sahaja, tanpa memerlukan lokasi khas untuk menikmatinya.

Maka, tidak hairanlah makanan jalanan ini mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, khususnya para food hunter yang sentiasa mencari kelainan dalam setiap juadah.

Bermula sebagai seorang food hunter yang sering meneroka juadah-juadah baharu di setiap ibu kota, siapa sangka bahawa rasa cinta akan makanan membawa beliau bersama rakannya untuk menceburi perniagaan lokching.

Tak perlu susah-susah, lelaki ini bawakan juadah lokching asal Thailand ‘lain dari yang lain’ ke Subang untuk anda

Dalam segmen ‘Ini Kisah Aku’ kali ini, kita akan mengenali dan menyelami kisah seorang lelaki yang giat berusaha dalam perusahaan lokching bersama rakan karibnya.

Zulhilmy bin Zaibuddin (35) atau lebih mesra dipanggil dengan gelaran Zul telah berkecimpung dalam perniagaan lokching sejak beberapa bulan lepas.

Beliau merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat (Rangkaian Komputer dan Keselamatan) di salah sebuah universiti swasta di Malaysia.

Zul telah menjalankan perniagaan makanan jalanan asal Thailand bersama rakan karibnya sejak di bangku persekolahan, Muhd Afiq bin Zaharin (35) di ZON Lokching, Subang.

pengurus projek lokching

Menurut Zul, lokching sebenarnya merujuk pada sate ikan sahaja pada awalnya. Namun, disebabkan kebanyakan rakyat Malaysia gemarkan inovasi dalam sesuatu juadah, lokching kini tampil dengan pelbagai variasi.

Antara variasi  yang menjadi best seller seperti, Tupat Sotong, Cheese Jumbo, Beef Skewer, Pulut Jumbo dan lain-lain lagi.

Lelaki lokching lain dari yang lain

Selain itu, bagi menjadikan perniagaan mereka ‘lain daripada yang lain’, sos lokching di gerai mereka telah diubahsuai agar rasa lebih sedap dan memberikan identiti unik dalam dunia perniagaan makanan.

Dari hobi memburu makanan, tercetuslah ilham untuk memulakan perniagaan

Secara umumnya, setiap perkara mesti ada permulaannya dan kebiasaannya perkara tersebut didorong dengan ilham-ilham yang diperolehi daripada persekitaran.

Menariknya, semangat Zul untuk menjadi memulakan perniagaan lokching didorong dengan aktiviti yang unik iaitu, food hunting.

“Idea berniaga saya datang daripada isteri saya dan kedua-duanya (merujuk diri dan isterinya) suka makan dan dah biasa food hunting.”

“Jadi, kami nak cari satu kelainan dekat Subang. So, why not kita tak start bisnes lokching dekat Subang,” jelas Zul.

Baginya, mereka mendapati bahawa perniagaan lokching masih kurang didapati di kawasan Subang. Maka, ini dianggap sebagai satu peluang untuk mengisi ‘kekosongan’ bagi memenuhi permintaan peminat lokching di sana.

Pagi sebagai seorang pengurus projek, malam bekerja keras di gerai lokching

Untuk makluman, Zul merupakan seorang pengurus projek do sebuah syarikat swasta di Subang. Pada waktu siang, beliau akan memenuhi tanggungjawab hakiki di syarikat terbabit sehingga tamat waktu bekerja.

Pada waktu malam pula, beliau bersama rakan dan pasangannya akan ke ZON Lokching untuk menyediakan hidangan lokching lazat kepada para pelanggan.

Menurut Zul, mereka akan mula membuka gerai seawal jam 7.00 petang dan kebiasaannya, pelangaan akan mulai ramai sekitar jam 9.00 malam.

Jumlah pelanggan akan bertambah ramai, jika ada acara menarik seperti perlawanan bola dan sebagainya. Hal ini kerana, wayang pacak akan dipasang bagi memastikan pelanggan dapat berkumpul beramai-ramai untuk menikmati perlawanan tersebut.

Seakan-akan memiliki dua kehidupan, adakah ’24 jam’ cukup buat Zul?

Ketika mendengar kisah Zul ini, mungkin ada di antara kita terdetik soalan seperti ‘tak penat ke?’, ‘bagaimana masa dengan anak-anak?’ dan lain-lain lagi.

Sungguhpun kekangan masa merupakan salah satu halangan terbesar dalam kehidupannya, Zul bersama warga ZON Lokching dapat mengatasinya dengan pengurusan masa yang mantap.

Tidak dinafikan, pengurusan masa yang baik juga memerlukan disiplin diri yang agak tinggi serta kecekalan yang sangat konsisten.

Bagi sesiapa yang terliur dengan juadah yang disajikan, anda boleh kunjungi ZON Lokching bermula 7.00 malam sehingga 12.00 tengah malam.

BACA: Sekali Pakai Terus Tertambat, Inspirasi Wanita Berkecimpung Dalam Perniagaan Inai

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma