Siakap Keli
PM Thailand ganja
Kredit Shutterstock

PM Thailand Ikrar Nak “Stop” Penggunaan Ganja Secara Bebas 

PM Thailand Ikrar Nak “Stop” Penggunaan Ganja Secara Bebas 

Perdana Menteri Thailand pada hari Rabu berikrar untuk meminda peraturan penggunaan ganja selepas mendapati beribu-ribu kedai ganja dibuka di negara itu sejak ia ‘dihalalkan’, lapor The Straits Times.

Kerajaan Thailand dikatakan sedang berusaha untuk menambah baik dasar ganjanya serta membendung pertambahan dispensari yang bebas menjual tumbuhan tersebut dalam tempoh enam bulan.

Perkara itu didedahkan oleh Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dalam temu bualnya pada Rabu lalu di New York.

“Undang-undang itu perlu ditulis semula. Ia perlu diperbetulkan. Kita boleh mengawalnya untuk kegunaan perubatan sahaja” kata Srettha sewaktu wawancara tersebut.

Selain itu, Srettha berkata bahawa terdapat persetujuan di kalangan 11 parti gabungan yang diketuainya tentang keperluan menyekat penggunaan ganja tersebut.

Parti Pheu Thai yang diwakilinya mempromosikan kempen antidadah menjelang pilihan raya Mei lalu.

Beliau berikrar akan membatalkan dasar penting yang mendiskriminasikan kegunaan ganja.

Kawal selia yang berterusan sedang dilakukan untuk menyahklasifikasikan ganja sebagai narkotik.

Perkara itu telah membawa kepada munculnya hampir 6,000 dispensari di seluruh Thailand.

Penjual telah menjual semua segala-galanya, dari tunas ganja hingga ke ekstrak minyak yang mengandungi kurang daripada 0.2 peratus tetrahydrocannabinol.

Ia adalah sebatian yang memberikan pengguna sensasi yang tinggi.

Selain itu, petani Thailand juga dibenarkan menanam ganja secara bebas selepas mendaftar dengan Pentadbiran Makanan dan Dadah negara.

Pemilik dispensari tempatan juga kini dilaporkan resah tentang import yang tidak terkawal serta harga yang rendah.

Menurut presiden Persatuan Ganja Phuket, Poonwarit Wangpatravanich berkata, faedah perubatan ganja sudah mengaburkan garis antara penggunaan kesihatan dan rekreasi.

“Lebih banyak peraturan akan menjadi baik kerana kami tidak mahu ia menjadi percuma untuk semua. Ganja hanya digunakan di sini, tetapi apa statusnya masih tidak jelas,” katanya.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Mengklasifikasikan kanabis sebagai narkotik sekali lagi akan berisiko mendorong penggunaan rekreasi yang tidak terkawal.

Thailand dianggap sebagai pengedar utama dadah di sepanjang lembah Sungai Mekong yang luas di Asia Tenggara.

“Masalah dadah telah berleluasa sejak kebelakangan ini, terutamanya di bahagian timur laut dan utara Thailand,” kata Srettha.

Sumber: The Straits Times

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka