Siakap Keli
Gwenchana Imran Bard
Kredit TikTok/@lee2kyung

Video “Gwenchana” Imran Bard Berjaya Tarik Perhatian Pelakon Kdrama, Siap Buat Duet Lagi

Video “Gwenchana” Imran Bard Berjaya Tarik Perhatian Pelakon Kdrama, Siap Buat Duet Lagi

Imran Bard merupakan seorang pempengaruh terkenal yang mempunyai lebih 1.6 juta pengikut di media sosial TikTok.

video-video yang sarat dengan aksi spontan dan lucu dimuat naik olehnya sering membuatkan ramai orang terhibur.

Terbaru, satu video muat naik Imran Bard yang sering berkongsikan video ‘random’ telah berjaya menarik perhatian pelakon Korea Selatan.

Menerusi perkongsian video Imran Bard tersebut, dia telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan aksinya yang menyebut perkataan ‘gwenchana’ dalam bahasa Korea.

Perkataan yang bermaksud baik-baik saja itu telah dilakonkan oleh Imran dengan penuh penghayatan.

Video muat naik itu dengan pantas menjadi tular dan mendapat perhatian ramai termasuk penonton di luar negara.

Tak hanya itu, video tersebut juga turut berjaya menarik perhatian seorang pelakon popular dari Korea Selatan yang bernama Lee Yi Kyung.

Lebih menarik lagi, pelakon tersebut turut melakukan duet menggunakan video Imran Bard di aplikasi TikTok.

Dalam video tersebut, duet antara Imran Bard bersama Lee Yi Kyung seperti dua sahabat baik yang sedang berborak bertanyakan tentang keadaan mereka.

Kredit TikTok

Kedua-dua mereka dilihat memainkan watak dengan penuh penghayatan dan seperti sedang menangis.

Kredit TikTok

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton melebihi 16 juta tontonan di seluruh dunia.

Selain itu, video berdurasi 29 saat itu turut mendapat lebih 2.9 tanda suka dan lebih 72,000 komen.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakyat Malaysia telah membanjiri ruangan komen tersebut. Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Imran kau tengok nih sampai korea sudah,” tulis seorang netizen.

“Sedih betul budak ‘gwenchana’ ini,” tulis seorang lagi netizen selepas menonton video tersebut.

“Wei dahsyat betol video Imran sampai dekat dia ni,” tulis seorang netizen yang teruja dengan video tersebut.

Selain video, audio suara Imran Bard juga dilihat telah digunakan oleh ramai pengguna media sosial tersebut di serata dunia.

@lee2kyung

R U Okay…? #이이경 #leeyikyung #키위랩 #kiwelab

♬ Melody of Memories – Duta Arranger Korea

Sumber: TikTok/@lee2kyung

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka