Abang Askar Terpaksa “Landing” Dalam Sawah, Angin Kencang Tak Dapat Kawal Payung Terjun
Sebuah video yang memaparkan aksi seorang anggota tentera yang sedang menggunakan payung terjun mendarat di sebuah sawah padi tular di media sosial.
Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter atau kini dikenali sebagai laman X menunjukkan aksi berbahaya tersebut.
Video berdurasi 1.26 minit itu pada awalnya menunjukkan beberapa orang anggota tentera sedang melakukan aksi payung terjun mereka.
Mereka dilihat berada di sebuah kawasan sawah padi yang terbentang luas.
Seorang saksi yang berada di tempat kejadian berjaya merakam aksi payung terjun anggota tersebut.
Selain itu, beberapa orang lelaki turut dilihat berada di lokasi kejadian dengan masing-masing menunggang motosikal.

Ekoran cubaan mendarat oleh askar tersebut, saksi yang merakam kejadian itu turut terjatuh selepas cuba mengelak daripada dilanggar oleh askar terbabit.
Berdasarkan percakapan beberapa orang lelaki di dalam video tersebut, ia dipercayai telah dirakam di Utara Semenanjung.
Selepas mendarat, askar tadi dengan pantas bertanyakan keadaan mereka yang berada di kawasan sekitar pendaratan cemasnya itu.

“Semua okay ya?” tanya anggota askar itu kepada mangsa yang terjatuh tadi.
Menurut askar itu lagi, keadaan angin yang kencang membuatkan dia tidak dapat mengawal payung terjunnya dengan lebih baik.
Askar itu dipercayai sedang melakukan latihan payung terjun di kawasan tanah lapang tersebut.
Apabila ditanya berkenaan berapa anggota yang terlibat dalam latihan itu, askar tersebut menjawab seramai 10 orang telah terlibat dalam sesi latihan tersebut.
Askar itu berjaya mendarat dengan selamat dan dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan susulan kejadian cemas itu.
Bagaimanapun, maklumat lanjut berkenaan video itu tidak dikongsikan dan di mana lokasi kejadian juga turut tidak diberitahu.
Sehingga setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh wakil pihak berkuasa berkenaan kejadian tersebut.
BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas
Terjun salah tempat faktor cuaca, steady abang Askar lending dengan Selamat 🫡 pic.twitter.com/Hm0x4ChmgK
— 🇲🇾 (@localrkyt) September 22, 2023
BACA: Dah Cuba Macam-Macam Perniagaan, Pasangan Tak Sangka Idea Meniaga Nasi Lemak Myvi Merah Berhasil
Sumber: X/@localrkyt