Siakap Keli
anggota polis Handsome
Kredit Facebook

Gambar Anggota Polis “Handsome” Sedang Bertugas Raih Perhatian

Gambar Anggota Polis “Handsome” Sedang Bertugas Raih Perhatian

Gambar seorang polis trafik lelaki berwajah kacak berpakaian uniform lengkap telah tular di media sosial Thailand sehingga membuatkan ramai gadis tidak keruan.

Muat naik gambar polis trafik itu telah dilakukan oleh akaun Facebook Jabatan Trafik Balai Polis Bandar Phitsanulok.

Memetik The Thaiger, hantaran yang disertakan mesej menggalakkan pemanduan selamat dan pematuhan undang-undang jalan raya itu telah menarik banyak komen wanita.

Selepas penularan gambar tersebut, Jabatan Trafik Balai Polis Bandar Phitsanulok telah dihujani dengan pertanyaan mengenai syif bertugas pegawai tersebut.

Kekecohan itu telah membuatkan Balai Polis itu memuat naik hantaran yang berbunyi: “Nampaknya tiada siapa yang akan membawa lesen memandu mereka lagi.”

Catatan Facebook itu menunjukkan pegawai trafik itu sedang menjalankan tugasnya seperti biasa dengan teks di sebelah imej.

Teks itu berbunyi ‘Boleh saya pimpin awak? dan tanda pagar seperti #memandu dengan berhati-hati #pakai topi keledar dan #polis trafik di Phitnulok.

V BTS Dinobat Sebagai Lelaki Paling Kacak Di Dunia 2023

Terdahulu, idola K-pop sensasi, V BTS atau nama sebenarnya Kim Taehyung telah dinobatkan sebagai lelaki terkacak dunia setakat Ogos 2023.

Oppa kegilaan ramai itu berjaya menduduki tempat pertama dalam carta Top 10 Most Handsome Man in the World yang dikeluarkan TechnoSports baru-baru ini.

V merupakan vokalis kumpulan K-Pop terkenal, BTS yang dilahirkan pada 30 Disember 1995 di Daegu, South Korea.

Beliau melakukan debut bersama ahli kumpulan tersebut pada 13 Jun 2013 menerusi lagu No More Dream.

Menurut TechnoSports, penyanyi ini turut memiliki populariti yang tersendiri terutamanya dalam kalangan peminat fanatik kumpulan tersebut, yang menggelarkan diri mereka sebagai ARMY.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Selain memiliki wajak yang kacak, idola dalam kalangan ARMY ini juga tidak pernah gagal tampil dengan gaya pemakaian yang versatail setiap kali berada di khalayak.

Maka tak hairanlah ada yang percaya bahawa beliau merupakan ahli kumpulan BTS yang paling disayangi dalam kalangan peminat tegarnya.

Sumber: The Thaiger

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka