Siakap Keli
pemandu treler rempuh kenderaan
Tangkap layar: Bernama

Pemandu Treler Rempuh 14 Kenderaan Didakwa Hari Ini

Pemandu Treler Rempuh 14 Kenderaan Didakwa Hari Ini

Seorang pemandu treler yang merempuh 14 kenderaan lain dalam kejadian nahas di KM5.7 Jalan Persiaran Utara, Putrajaya menghala Puchong Rabu lepas didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Imbas kembali laporan Bernama sebelum ini, siasatan awal mendapati suspek yang berusia 25 tahun terbabit mendakwa lori treler membawa muatan batu pasir itu gagal diberhentikan olehnya semasa kejadian.

Akibat daripada itu, treler berkenaan telah merempuh 14 kenderaan lain di lokasi kejadian iaitu melibatkan sebuah lori satu tan, tujuh kereta, lima motosikal dan sebuah motosikal polis trafik.

Kemalangan tersebut menyebabkan dua penunggang motosikal maut, manakala tujuh lagi cedera.

Dalam masa sama, difahamkan suspek juga tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan trafik sebelum ini dan hasil ujian saringan air kencing juga didapati negatif.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Bernama

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'