30 Produk Gardenia Dilapor Naik Harga Mulai 1 Oktober
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) mengesahkan 30 produk akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober.
Antara produk roti yang mengalami kenaikan adalah Puazz Sambal Bilis, Sambal Mackerel dan Kari Ayam, Quick Bites Butter Tofee dan Red Beans, Quick Bited Cream Rolls dan lain-lain.
Selain itu, produk selain roti juga dilaporkan mengalami kenaikan harga seperti Numee Yellow Noodle dan Numee Keluarga.
Harga roti putih, roti gandum penuh dan Toast’em kekal
BACA: Makanan Tradisi Orang Banjar, Cara Buat Ikan Wadik, Mandai Cempedak & Jeruk Maman
Sungguhpun begitu, pengurusan Gardenia KL berkata, pihaknya akan memastikan kenaikan harga produk rotinya tidak membebankan pelanggannya.
Antara harga produk roti yang diberi yang dikekalkan adalah seperti roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast’em.
“Gardenia KL telah menyemak semula harga bagi produk-produk terpilih berkuat kuasa 1 Oktober ini.
“Bagaimanapun, harga roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast’em kekal untuk memastikan kenaikan ini tidak membebankan majoriti pelanggannya,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, enam produknya telah mengalami kenaikan harga antara 10 sen dan 50 sen pada awal September tahun lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bakeries (KL), Koh Chin Huat ketika itu berkata, kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan susulan kenaikan bahan mentah yang meningkat berterusan.
“Kami telah sedaya upaya mengekalkan harga jualan sebelum ini, tetapi disebabkan harga bahan mentah seperti tepung gandum dan lemak sayuran yang meningkat secara berterusan, menyebabkan perubahan harga perlu dilaksanakan.
“Kami akan sentiasa komited untuk mengekalkan kualiti produk di tahap yang optimum untuk kepuasan semua pelanggan dan pengguna kami,” katanya sebelum ini.
Perubahan harga pada ketika itu membabitkan Gardenia Original Classic daripada RM2.80 kepada RM3; Gardenia Wholemeal daripada RM3.60 kepada RM4; rangkaian Gardenia Toast’em daripada RM5 kepada RM5.50.
Selain itu, beberapa produk selain roti putih, roti penuh gandum dan roti Toast’em turut mengalami kenaikan harga. Antaranya, Gardenia Twiggies RM1.80 kepada RM2; Gardenia Waffles RM1.40 kepada RM1.50 dan Roti Krim Gardenia RM1 kepada RM1.10.
BACA: Ada Tupat Sotong, Beef Skewer & Banyak Lagi, Lelaki Nekad Jual Lokching Lain Dari Yang Lain
Sumber: Astro Awani