Siakap Keli
adik lelaki serba boleh
Kredit: @eidasmyda/TikTok

“Belajar Hidup Susah,” Kakak Bangga Adik Lelaki Serba Boleh, Ringan Tulang Bantu Keluarga

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Belajar Hidup Susah,” Kakak Bangga Adik Lelaki Serba Boleh, Ringan Tulang Bantu Keluarga

“Nasib keluarga mengubah perspektif tentang kehidupan dan membentuk tingkah laku seseorang individu”

Sekiranya dibaca dengan sekali lalu, kenyataan di atas boleh disifatkan sebagai fakta, namun apabila menelitinya semula, ia hanyalah penyataan yang membawa kepada sangkaan atau kebenaran.

Ramai yang menyangka, nasib keluarga ini memainkan peranan penting dan memberi kesan sama ada baik atau buruk dalam hidup tetapi sesetengah juga berpandangan ia mampu membentuk seseorang menjadi manusia berguna.

Pun begitu, ia bergantung bagaimana anda mendefinisikan kenyataan tersebut dan cara pandangan mengenai dunia.

Artikel kali ini bukan untuk berkongsi tentang definisi nasib keluarga, tetapi lebih menceritakan kisah seorang kanak-kanak lelaki yang sangat pandai berdikari walaupun belum memasuki zaman remaja.

BACA: Michelle Yeoh Pulang Ke Ipoh, Lepas Rindu Bersama Keluarga

Adik ringan tulang bantu keluarga

Kisah itu dikongsi oleh kakaknya menerusi @eidasmyda TikTok, di mana dia memuat naik satu kompilasi video yang memaparkan kerajinan adik lelakinya dalam membantu keluarganya.

“Umur tidak menjamin apa-apa dan usia bukan penghalang,” memetik kapsyen itu.

Kanak-kanak lelaki itu merupakan anak kesembilan daripada 10 orang adik-beradik, namun tidak seperti yang lain, dia sudah berani melakukan kerja dewasa tanpa memerlukan pertolongan dari orang lain.

Nak kongsikan cerita adik nombor sembilan saya yang serba boleh.

Kalau cuti sekolah nak ikut kakak pergi ke laut nak ajak menjala cari umpan.

Suka bawa dia sebab dia pandai ikat ketam.

Belajar hidup susah supaya besar nanti boleh fikir ‘dulu aku kecil-kecil dah biasa hidup susah’.

Apa pun nikmat Allah pinjamkan kita bersyukur.

Senang minta tolong. Kait sawit pun pandai, bermain dengan burung dan memancing.

Menurut kakaknya, ada sahaja aktiviti yang ingin dilakukan olehnya, antaranya memancing dan boleh dikatakan dalam sehari jadual hidupnya penuh dengan aktiviti luar.

Kredit: @eidasmyda/TikTok
Kredit: @eidasmyda/TikTok

Tingkah laku adiknya yang rajin membuatkan kakaknya senang untuk melakukan perkara yang memerlukan kecerdasan lelaki.

Baginya, kehidupan yang dirasai oleh adiknya sekarang membantunya menjadi penguat semangat pada masa hadapan.

Setiap yang telah ditulis oleh Allah, wanita tersebut menzahirkan rasa syukur kerana dunia ini hanya pinjaman semata-mata.

@eidasmyda

Umur tak menjamin apa² dan usia bukan penghalang💪🏻syukuralhamdulillah fyp @ᵉⁱᵈᵃᵃˢᵐʸᵈᵃ

♬ Hanya Satu Persinggahan – arief akdw

Sumber: @eidasmyda/TikTok

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: