Siakap Keli
Presiden bola colombia maut
Kredit Colombian Football Federation

Kalah Di Tempat Sendiri, Presiden Kelab Bola Sepak Colombia Maut Ditembak

Kalah Di Tempat Sendiri, Presiden Kelab Bola Sepak Colombia Maut Ditembak

Presiden kelab bola sepak divisyen dua Colombia, Tigres FC maut ditembak selepas pasukannya mencatatkan kekalahan pada Sabtu lalu, lapor ESPN.

Ketika kejadian, lelaki berusia 63 tahun itu pulang ke rumah dengan menaiki kereta bersama anak perempuannya selepas tewas 3-2 di tempat sendiri ke atas Atletico FC.

Lapor media tempatan, mangsa dilaporkan telah dibunuh oleh dua lelaki menaiki motosikal berhampiran stadium perlawanan tersebut.

Anak perempuannya bagaimanapun selamat tanpa cedera selepas melarikan diri daripada tempat kejadian tersebut.

Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan ke atas pembunuhan itu.

“Keluarga Tigres dan komuniti sukan sangat berdukacita dengan kejadian ini. Komitmennya kepada pasukan dan dedikasinya terhadap pembangunan sukan di rantau ini meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan.

“Terutama kepada semua orang yang berpeluang mengenalinya,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Presiden Bahagian Utama Bola Sepak Profesional Colombia (DIMAYOR), Fernando Jaramillo meratapi pemergian itu.

“Dia sangat dikenali dengan sifat rasa hormatnya terhadap rakan-rakannya, dengan kedudukan yang dihormati dan rasa cintanya untuk sukan bola sepak,” kata Jaramillo.

Dalam dua perlawanan akan datang, stadium akan senyap selama seminit untuk menghormati mangsa.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Penjaga Gol Lawan Tak ‘Nampak’ Apa, Asap Suar ‘Warnai’ Gol Cantik Ronaldo

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo terus memberi impak besar buat kelabnya, Al-Nassr apabila terus menambah koleksi gol untuk kelab itu.

Terbaharu, penyerang kebangsaan Portugal itu menjaringkan dua gol ketika membantu kelabnya menewaskan Al-Ahli, 4-3 pagi tadi.

Ronaldo menjaringkan gol pada minit keempat dan pada minit ke-52. Manakala dua lagi gol Al-Nassr dijaringkan oleh Anderson Talisca pada minit ke-17 dan masa tambahan separuh masa pertama.

Tiga gol Al-Ahli pula dijaringkan oleh Frank Kessie, Riyad Mahrez dan Feras Abrikan.

Namun yang mencuri tumpuan tentunya gol yang dijaringkan oleh Ronaldo pada minit keempat. Ketika itu, pasukannya melakukan serangan balas pantas selepas pemain Al-Ahli kehilangan bola di kawasan tengah.

Sumber: ESPN

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: