Siakap Keli
abang kurier jemuran customer
Kredit Facebook/Chin Huimin

Tindakan Murni Abang Kurier Tolong Lindungi Jemuran “Customer” Dari Hujan Dipuji

Tindakan Murni Abang Kurier Tolong Lindungi Jemuran “Customer” Dari Hujan Dipuji

Tindakan murni penghantar barangan dipuji selepas dia didapati membantu melindungi barangan pelanggan yang disidai di ampaian daripada hujan.

Perkara itu telah dikongsikan oleh GD Express Sdn Bhd di laman Facebook rasmi mereka pada 22 September lalu.

Menurut hantaran itu, tindakan spontan tersebut telah dilakukan oleh pekerja penghantar barangan mereka yang bernama Mohd Fadhli Bin Mohd Shah dan Mohamad Hafizan Bin Yaakob.

“Tindakan pantas mereka telah melindungi bungkusan dan basuhan pelanggan daripada hujan lebat,” tulis muat naik GDex di Facebook mereka.

Selain itu, GDex turut menzahirkan rasa bangga mereka terhadap pekerjanya itu kerana berjaya menjadi contoh teladan yang baik.

“Kami berbangga mempunyai individu seperti mereka yang secara konsisten berusaha keras untuk menceriakan hari pelanggan kami,” tulis hantaran itu lagi.

Sementara itu, tindakan pantas abang GDex itu turut mendapat perhatian pemilik barangan tersebut.

Pemilik barangan itu telah berkongsikan video rakaman CCTV berkaitan dengan bantuan yang diberikan oleh abang GDex tersebut.

Pelanggan itu turut memuji tindakan pantas penghantar barangan itu yang membantunya mengalihkan patung mainan miliknya ke tempat teduh.

“Saya mendapat panggilan daripada GDex untuk bungkusan, tetapi saya tiada di rumah. Saya minta Abang GDex untuk tinggalkan barangan itu didalam.

“Apabila saya memeriksa CCTV, saya terkejut apabila melihat dia bukan sahaja menghantar bungkusan. Sebaliknya dia juga tolong mengalihkan patung mainan saya ke halaman rumah kerana hujan mahu turun. Abang GDex memang terbaik!” tulis pemilik barangan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai telah meninggalkan komen mereka yang memuji tahap perkhidmatan GDex.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Secara peribadi, saya berasa lebih selamat jika barangan saya dihantar menggunakan GDex. Terus lakukan kerja yang bagus!” tulis seorang pelanggan.

“Ya, saya sangat setuju GDex telah memberikan perkhidmatan yang terbaik. Teruskan!” tulis seorang lagi pelanggan yang berpuas hati.

“Bagi ganjaran kepada dia kerana menaikkan nama GDex,” tulis seorang netizen yang mahu abang GDex itu diberikan ganjaran ekoran tindakan positifnya itu.

https://www.facebook.com/GDEXOfficialPage/posts/pfbid0TndZjzTpg2dg5LZaSHek6BfBkmKUP6FgW1kKSqwWZecZ3hAuNJURVxNVygV37oKAl

Sumber: GD Express Sdn Bhd/Facebook

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.