Dua Dekad Berlalu, Baru Tahu Rupanya Suara Sharifah Shahirah Di Sebalik Watak Bo Dalam Kampung Boy
Sekiranya anda seorang peminat animasi negara, sudah pasti mengetahui tentang animasi terkenal, Kampung Boy yang sering disiarkan di Astro Ceria.
Kampung Boy merupakan novel grafik karya Kartunis terulung negara, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat, yang kemudiannya diadaptasi menjadi siri televisyen yang disiarkan pada tahun 1997.
Animasi tersebut mengisahkan tentang pengembaraan seorang kanak-kanak bernama Mat, dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan adat dan budaya.
Selain daripada watak Mat, terdapat juga beberapa watak lain yang merupakan rakan seperjuangan, iaitu Bo dan juga Tak.
Dalam tiga sekawan itu, difahamkan watak Bo dijadikan lebih pintar berbanding yang lain, manakala Tak pula lebih cenderung dengan sukan.
Tidak dinafikan, kartun tersebut sememangnya menggamit kenangan terutamanya buat mereka yang sering menontonnya sewaktu kecil.
Tetapi pernah tak anda tertanya-tanya, siapakah suara di sebalik watak-watak dalam animasi tersebut?
Kalau nak tahu, baru-baru ini, seorang pelakon telah mendedahkan bahawa dia merupakan suara di sebalik Bo Kampung Boy.
Selebriti ini rupanya suara di sebalik watak Bo
Menerusi perkongsian Astro Gempak dalam segmen Borak Dulu Baru Kamu musim kedua, pengacara dan penyampai radio Sharifah Shahirah mengatakan dia adalah di sebalik suara latar watak Bo.
Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera menceritakan kisah bagaimana dia diterima untuk menyumbang suara bagi watak tersebut.
Imbas kembali, Shiera berkata Lat telah memanggilnya untuk menghadiri uji bakat bagi mencari suara yang sesuai untuk Bo.
Kemudiannya, selepas menjalani uji bakat tersebut, ternyata Lat sangat menyukai suara Shiera dan dia telah diterima memegang watak tersebut.
“Panggil uji bakat, saya pergi. Saya pergi, Datuk Lat suka dia kata ‘okay buat (versi) Melayu’ jadi watak Bo. Ada Bo dan Tak.
“Saya masa itu macam tak pandai sangat buat je. Kami baca sahaja, tiada kartun lagi. Baca sahaja, (tidak lama) baru siap kartun tu,” katanya.
Shiera berkata wataknya dalam animasi tersebut tidak banyak seperti karakter utama memandangkan dia hanyalah watak sampingan.
“Karakter dah ada siap, tetapi dia ada skrip sahaja. Visual tiada. Jadi kami baca, dia (Lat) akan lukis ikut apa yang kita cakap.
“Okaylah satu hari dalam dua jam dapat RM3,500. Sekejap sahaja buat dub.
“Saya watak tak banyak, satu episod RM750. So dalam satu episod ada dalam tiga hingga empat ayat je,” kongsinya.
Shiera kemudiannya melakukan suara Bo, menunjukkan contoh bagaimana dia mengubahnya mengikut watak tersebut.
“Eh Mat, kau ni selalu menyusahkan aku la. Aku kasi tahu bapak kau nanti,” katanya sambil membuat suara Bo.
@ubaimz 25 tahun hidup, baru tahu dia owner suara Bo ! #fypシ #tiktokmalaysia #borakdulubarukamu
Sumber: @ubaimz/TikTok