Siakap Keli
Ronaldo model teman hidup
Kredit Instagram/Celina Locks

Legenda Bola Sepak Brazil, Ronaldo Pilih Model Sebagai Teman Hidup

Legenda Bola Sepak Brazil, Ronaldo Pilih Model Sebagai Teman Hidup

Legenda bola sepak Brazil, Ronaldo Nazario dilaporkan telah berkahwin buat kali ketiga bersama pilihan hatinya iaitu seorang model, lapor The Sun.

Ronaldo, 47 dilihat berjalan di altar bersama pasangannya Celina Locks, 33, pada hujung minggu lalu.

Pasangan popular itu dilihat memakai pakaian serba putih ketika meraikan majlis tersebut bersama keluarga dan rakan-rakan.

Gambar yang di muat naik di media sosial menunjukkan pasangan itu dihujani dengan kelopak bunga putih ketika mereka keluar dari altar.

“Hari ini kami membawa keluarga kami bersama-sama untuk perayaan keagamaan. Dan dengan ini, ia menandakan permulaan bagi banyak perayaan.” tulis kapsyen muat naik Celina di Instagram.

Ronaldo dan Celina pada sebelum ini mengumumkan pertunangan mereka pada Januari lalu selepas legenda Samba itu melamarnya ketika bercuti di Caribbean.

Pasangan itu dikatakan telah berpacaran sejak tujuh tahun lalu.

Celina menjadi isteri ketiga Ronaldo selepas pernah berkahwin dengan Milene Domingues dan Daniella Cicarelli.

Perkahwinan itu pastinya telah membuatkan Ronaldo tidak terlalu memikirkan masalah bola sepak yang dihadapinya baru-baru ini.

Pemenang Piala Dunia sebanyak dua kali itu memiliki kelab Sepanyol yang bernama Real Valladolid dan Cruzeiro dari Brazil.

Kedua-dua pasukan itu bagaimanapun dipercayai mengalami prestasi yang buruk baru-baru ini.

Peminat dari kedua-dua kelab itu secara terbuka telah memprotes pada awal bulan ini.

Ronaldo berharap dapat mengubah keadaan untuk kedua-dua pasukannya ketika musim masih berjalan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by C E L i N A (@celinalocks)

Kalah Di Tempat Sendiri, Presiden Kelab Bola Sepak Colombia Maut Ditembak

Presiden kelab bola sepak divisyen dua Colombia, Tigres FC maut ditembak selepas pasukannya mencatatkan kekalahan pada Sabtu lalu, lapor ESPN.

Ketika kejadian, lelaki berusia 63 tahun itu pulang ke rumah dengan menaiki kereta bersama anak perempuannya selepas tewas 3-2 di tempat sendiri ke atas Atletico FC.

BACA: Dah Cuba Macam-Macam Perniagaan, Pasangan Tak Sangka Idea Meniaga Nasi Lemak Myvi Merah Berhasil 

Lapor media tempatan, mangsa dilaporkan telah dibunuh oleh dua lelaki menaiki motosikal berhampiran stadium perlawanan tersebut.

Anak perempuannya bagaimanapun selamat tanpa cedera selepas melarikan diri daripada tempat kejadian tersebut.

Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan ke atas pembunuhan itu.

Sumber: The Sun

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.