Siakap Keli
kerat kemaluan sendiri
Gambar: Man Matters

Lelaki Nekad Kerat Kemaluan Sendiri, Tak Dapat Terima “Gf” Minta “Break”

Lelaki Nekad Kerat Kemaluan Sendiri, Tak Dapat Terima “Gf” Minta “Break”

Seorang lelaki Rusia didakwa cuba memotong kemaluannya sendiri selepas teman wanitanya mahu berpisah dengannya, lapor Daily Star.

Lelaki berusia 36 tahun itu cuba memotong kemaluannya pada hari Isnin bersamaan 4 September lalu.

Susulan kejadian itu, dia kemudianya dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan parah.

Perkhidmatan kecemasan telah dipanggil ke apartmennya di Daerah Biryulyovo Zapadnoye, di Moscow.

Difahamkan teman wanitanya telah meninggalkanya tidak lama sebelum kejadian tersebut.

Selepas hubungan itu tamat, lelaki yang kecewa itu mendakwa bahawa dia akan memotong zakarnya jika teman wanita bertindak meninggalkannya.

Lelaki itu berkata bahawa dia sudah tidak memerlukan zakarnya lagi dan cuba memotongnya menggunakan pisau dapur.

Lelaki itu dipercayai memotong di pangkal kemaluannya dan berjaya memutuskan sebahagian daripada organ tersebut.

Selepas menyaksikan kejadian itu, teman wanitanya yang ketakutan telah melarikan diri daripada apartmen tersebut.

Lelaki yang berdarah teruk itu cuba mengikutinya keluar pintu dan menuruni tangga apartmen tersebut.

Seorang jiran yang melihat kejadian darah bercucuran dari kemaluannya itu telah bertindak menghubungi ambulans.

Dia kemudiannya dibawa ke hospital bagi tujuan rawatan kecemasan.

Laporan mendakwa bahawa lelaki itu terselamat dan berjaya pulih selepas menerima rawatan dan jahitan di bahagian tersebut.

Bagaimanapun, tiada maklumat diketahui sama ada doktor yang merawat dapat mencegah kerosakan kekal pada zakarnya itu.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Padah Masukkan Lesung Batu Dalam Kemaluan, Wanita Tanggung Sakit Faraj Terpaksa Dibedah

Seorang wanita berusia 41 tahun dilaporkan mengalami kesakitan di bahagian kemaluannya selepas satu objek keras tersangkut di dalamnya, lapor Disway.

Kejadian tersebut menjadi tular di media sosial selepas objek keras tersangkut itu didakwa sebagai pemegang lesung batu.

Anak lesung batu itu dikatakan telah tersekat dan tidak dapat ditanggalkan.

Menurut Disway, satu-satunya cara untuk mengeluarkannya adalah dengan melalui proses pembedahan.

Kejadian malang itu telah dikongsikan oleh seorang doktor di akaun TikTok @ikkay_dr yang dipetik pada Ahad, 13 Ogos lalu.

Doktor tersebut memberitahu bahawa ada seorang wanita (41) telah datang ke bilik kecemasan obstetrik di tempat dia bekerja secara sendirian.

Tambahnya, wanita itu mengadu sakit serta mengalami pendarahan di bahagian kemaluannya.

Sumber: Daily Star

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.