Siakap Keli
Masjid sweden terbakar
Kredit Twitter

Masjid Di Sweden Terbakar, Dipercayai Perbuatan Khianat

Masjid Di Sweden Terbakar, Dipercayai Perbuatan Khianat

Sebuah masjid di tenggara Sweden telah musnah dijilat api selepas kebakaran disyaki dilakukan oleh suspek serangan pembakaran, lapor Middle East Eye.

Anas Deneche, pengarah komunikasi Masjid Besar di bandar Eskilstuna memberitahu pemberita bahawa dia percaya kebakaran pada Isnin lalu dilakukan dengan sengaja.

Beliau berkata, rekod polis menunjukkan masjid itu berdepan ancaman selama lebih setahun sebelum ia diserang pada Isnin lalu.

Deneche berkata, ibunya mendengar bunyi yang kuat sebelum kebakaran itu berlaku.

“Dia terdengar bunyi letupan dan tiba-tiba masjid itu mula terbakar,” kata Deneche.

Polis berkata pada Selasa bahawa mereka tidak mempunyai suspek, tetapi kejadian itu sedang disiasat sebagai pembakaran secara sengaja.

“Sekali lagi keganasan menyerang sebuah masjid di Sweden,” tulis Mikail Yuksel, ahli parlimen Sweden di laman X miliknya.

“Ini adalah satu lagi serangan kejam terhadap hak asasi manusia, dan ke atas demokrasi dan kebebasan di negara yang dikenali sebagai kuasa besar kemanusiaan,” tulis Mikail lagi.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa siri serangan pembakaran di masjid-masjid di Sweden.

Serangan sedemikian telah berlaku pada tahun 2014 yang menyasarkan beberapa bandar, termasuk Eskilstuna.

Insiden pada Isnin lalu itu berlaku beberapa bula selepas seorang lelaki membakar halaman Al-Quran di ibu negara Sweden.

Insiden pembakaran Al-Quran itu telah mencetuskan kritikan hebat di seluruh dunia.

Suspek seorang lelaki Iraq berusia 37 tahun yang tinggal di Sweden telah mengoyakkan beberapa muka surat kitab suci itu.

Suspek juga telah bertindak memijaknya dan meletakkan muka surat yang koyak itu di luar masjid di ibu negara Sweden.

Arab Saudi, Iran, Iraq, Turki, Emiriah Arab Bersatu, Maghribi dan Mesir adalah antara negara Islam yang mengecam perbuatan itu.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Di Iraq, kedutaan Sweden negara itu telah diserang oleh penyokong pemimpin Syiah Iraq berikutan insiden itu.

Manakala, ribuan orang telah turun ke jalan di Baghdad untuk berhimpun menentang pembakaran Al-Quran itu.

Ia bukan insiden pembakaran Al-Quran pertama kali di Sweden.

Sebelum ini, rusuhan telah tercetus pada Ogos 2020 di bandar Malmo beberapa jam selepas aktivitis anti-Islam sayap kanan Rasmus Paludan membakar senaskah Al-Quran.

Sumber: Midle East Eye

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.