Siakap Keli
Guru Malaysia global teacher prize
Kredit Global Teacher Prize

Guru Malaysia Tersenarai Finalis 50 Terbaik Dunia Dalam Anugerah Global Teacher Prize

Guru Malaysia Tersenarai Finalis 50 Terbaik Dunia Dalam Anugerah Global Teacher Prize

Seorang guru dari Malaysia yang dikenali sebagai Wan Mu’adzam Wan Abidin telah tersenarai dalam finalis 50 terbaik dunia di anugerah Global Teacher Prize.

Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi perkongsiannya di Facebook.

Selain itu, Fadhlina turut mengucapkan ucapan tahniah kepada Cikgu Wan Mu’adzam di atas pencapaian tersebut.

Beliau juga sempat memuji dan berbangga dengan pencapaian guru dari dari Sekolah Kebangsaan Klang, Selangor itu yang mendapat perhatian dan pengiktirafan antarabangsa.

“Tahniah diucapkan kepada Cikgu Wan Mu’adzam Wan Abidin dari SK Klang atas kejayaan beliau tersenarai dalam finalis 50 terbaik dunia anugerah Global Teacher Prize.

“Saya sangat bangga di atas kebolehan guru kelahiran negara kita yang mendapat perhatian dan pengiktirafan di pentas antarabangsa,” tulis perkongsian muat naik Fadhlina tersebut.

Lebih daripada 7,000 pencalonan diterima daripada 130 negara di seluruh dunia

Senarai 50 finalis itu dikatakan telah dipilih daripada lebih 7,000 pencalonan dan permohonan yang dibuat daripada 130 negara di seluruh dunia.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

https://www.facebook.com/fadhlina.datosidek/posts/pfbid02D6gfdAiQ4kSFaxsvng3ian91CcQFWy3Y4kTcRd3FPyeWuNdEEDooyce4CLQBg6Xul

Sumber: Facebook/Fadhlina Sidek

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.