Siakap Keli
adik marissa disleksia
Gambar: TikTok @nurmarissahana

Sekali Lukis Terus Jadi, Bakat Adik Marissa Penghidap Disleksia Buat Ramai Kagum

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sekali Lukis Terus Jadi, Bakat Adik Marissa Penghidap Disleksia Buat Ramai Kagum

Setiap insan yang dilahirkan di dunia mempunyai kebolehan dan kekurangan pada diri. Meskipun kadangkala terdapat kekurangan pada diri berbanding orang lain. Ia bukanlah kayu pengukur terhadap kebolehan seseorang.

Begitu juga kanak-kanak perempuan ini yang mesra dikenali sebagai Adik Marissa. Difahamkan, adik Marissa adalah penghidap Disleksia atau Dyslexia.

Meskipun terdapat kekurangan pada diri, kanak-kanak perempuan ini memukau orang ramai dengan kebolehan yang dianugerah kepadanya iaitu pandai melukis.

Lebih mengejutkan lagi, adik Marissa mampu melukis tanpa menggunakan rujukan visual.

Menerusi klip video yang dimuat naik akaun TikTok @nurmarissahana, memaparkan kanak-kanak itu melukis wajah watak kartun dalam sebuah peranti tablet.

“Mama geram dengan anak bertuah sorang ni… kat mana-mana pun asyik tenyeh.. tenyeh tu ape? Tu yang dia tengah buat tu la,” tulis kapsyen dalam video berkenaan.

Gambar: TikTok @nurmarissahana

BACA JUGA: Netizen ‘Banjir’ Air Mata, Nampak Satu Keluarga Jalan Kaki Hantar Anak Masuk Universiti

Jari Macam “Photocopy”‘

Menariknya lagi, kanak-kanak itu hanya melukis dengan menggunakan dua jarinya dengan begitu pantas. Dengan bantuan peralatan (tools) yang terdapat dalam gajet elektronik itu memudahkan lagi adik Marissa menghasilkan karyanya.

“Akak Sampai Sekarang Lukis Orang Lidi” – Netizen

Menjengah ke ruangan komem, rata-rata netizen terpesona dan memuji setelah melihat bakat yang dimiliki oleh kanak-kanak perempuan itu.

Bahkan ada yang memuji daya ingatannya yang sekali imbas kerana mampu melukis tanpa perlu melihat kembali visual (gambar).

Sebelum ini, Adik Marissa juga telah mencurahkan pelbagai bakatnya dalam menghasilkan pelbagai watak kartunis di akaun TikTok itu.

adik marissa dyslexia adik marissa dyslexia adik marissa dyslexia adik marissa dyslexia

 

Untuk makluman, video tersebut mendapat lebih 1.6 juta, lebih 65 tanda ‘Suka’ dan pelbagai komen dari warganet.

@nurmarissahana

si tenyeh Marissa😂 #dyslexiaMarissa #dyslexiaawareness #dyslexiayoungtalent

♬ Murder – Bgnzinho

Apa itu Disleksia?

Menurut Persatuan Dyslexia Malaysia, Disleksia adalah masalah cara otak berfungsi, cara otak berfikir, cara melihat dan cara mendengar atau dalam bahasa mudah masalah pembelajaran khusus.

Simptom Dyslexia tidak dapat dilihat dari segi luaran. Meskipun dari segi rupa paras yang tiada cacat cela, penghidap mengalami kesukaran membaca, mengira dan menulis.

Pun begitu, kecerdasan berfikir penghidap tidak tergugat malahan mungkin dianugerahkan dengan IQ yang tinggi.

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam statistik 2008 memaklumkan kira-kira 500,000 kanak-kanak mengalami Disleksia di Malaysia.

Sementara itu dalam Portal Myhealth turut menjelaskan bahawa kanak-kanak lelaki lebih ramai mengalami Disleksia berbanding perempuan.

Terdapat pelbagai ciri-ciri Disleksia yang sering dialami oleh golongan kanak-kanak pada peringkat prasekolah.

Antaranya, lambat bertutur, mengalami kesukaran sebutan dalam sebutan, sukar menulis nama sendiri, sukar mengenal bentuk atau warna dan sukar menceritakan kembali sesuatu yang telah didengarinya.

Disleksia Mempunyai Kelebihan?

Lazimnya, mereka mempunyai daya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut atau dimensi. Bukan itu sahaja, mereka juga bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

Sumber: TikTok @nurmarissahana Persatuan Dyslexia Malaysia, Portal Myhealth

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?