Siakap Keli
hilang pulau perhentian
Gambar: IPD Daerah Besut

4 Sekeluarga Dikhuatiri Hilang, Kereta Mangsa Dikesan Keluar Dari Pekan Kuala Besut Pada 1 Okt

4 Sekeluarga Dikhuatiri Hilang, Kereta Mangsa Dikesan Keluar Dari Pekan Kuala Besut Pada 1 Okt

Polis Daerah Besut melaporkan pihaknya menerima laporan berkenaan pada 2 Oktober berkenaan orang hilang di Pulau Perhentian baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh IPD Daerah Besut sebentar tadi, pengadu memaklumkan orang hilang adalah ahli keluarganya yang terdiri daripada ibu, adik lelaki dan dua anaknya.

Kesemua mereka tidak dapat dihubungi sejak dari pagi 30 September sehingga ke hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt. Abdul Rozak Bin Muhammad berkata, siasatan yang dijalankan mendapati kesemua mangsa pergi ke Pulau Perhentian pada 29 September.

”(Mereka) telah mendaftar menginap di Senja Bay Resort serta telah mendaftar keluar pada 1 Oktober, jam 8 pagi. Siasatan juga mendapati kesemua mangsa ada mengikuti aktiviti snokerling pada 29 dan 30 September.

”Pengendali bot memaklumkan telefon bimbit ibu dan adik telah terkena air dan tidak dapat dihidupkan. Mangsa juga mengatakan akan ke Batu Buruk, Kuala Terengganu setelah keluar dari Pulau Perhentian.

”Mangsa menggunakan kereta Proton Saga BLM berwarna biru muda dengan nombor pendaftaran JRW6380,” katanya.

Pada 1 Oktober, ibu, adik dan dua orang anak pengadu dilaporkan telah menaiki bot dan sampai ke Jeti Kuala Besut pada jam kira-kira 9.00 pagi.

Walau bagaimanapun,keberadaan semua mangsa masih gagal dikesan pihak berkuasa dan dihubungi. Sehubungan itu, pihak polis masih meneruskan siasatan bagi mengesan semua mangsa yang didapati hilang.

Kali terakhir mangsa dikesan adalah menerusi semakan kamera litar tertutup (CCTV) yang mendapati kelibat kenderaan yang digunakan mangsa.

Kereta mangsa didapati keluar dari Pekan Kuala Besut dan bergerak menuju ke arah jambatan seberang Kastam lebih kurang 10.06 pagi, hari yang sama.

Pada akhir kenyataan, pihak polis menyeru orang ramai yang memiliki maklumat mengenai keberadaan mangsa-mangsa untuk salurkan maklumat kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat Kes, Insp Nur Izzati Arina di talian 017- 3792157 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Besut (09-6956222).

Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis yang berdekatan dengan kediaman masing-masing.

“Pihak polis juga memberi amaran agar orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar yang akan menggangu siasatan pihak polis,” jelasnya dalam bentuk kenyataan.

https://www.facebook.com/PolisDaerahBesut/posts/pfbid02MLbAWyzZyAucDtqGf4RCX1bbohqtukWa7q8NPjYbxfipwmmqKi8rkv7jMmWD24C7l

BACA: Rasmi Bermula Hari Ini, Boleh Bayar Di 11 Tol Ini Guna Kad Debit & Kredit

Sumber: IPD Derah Besut

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.