Siakap Keli
bayar tol kad debit kredit
Gambar: BERNAMA

Rasmi Bermula Hari Ini, Boleh Bayar Di 11 Tol Ini Guna Kad Debit & Kredit

Rasmi Bermula Hari Ini, Boleh Bayar Di 11 Tol Ini Guna Kad Debit & Kredit

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil sebentar tadi memaklumkan bahawa  kad debit, kredit boleh dan prabayar digunakan untuk membayar tol di 11 tol bermula hari ini.

”Ini antara yang dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri ketika menjawab soalan seorang anak muda ketika Temu Anwar pada Mac lepas.

”Hari ini, menjadi realiti,” kata beliau melalui satu hantaran di platform X sebentar tadi.

Pilihan kaedah pembayaran ini merupakan sebahagian daripada Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) seperti diumumkan kerajaan sebelum ini.

Boleh bayar tol pakai kad debit & kredit

Lebuhraya berkenaan adalah Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH).

Selain itu adalah di Lebuhraya Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Empat lagi lebuhraya adalah di SMART, Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE). Satu lagi adalah di Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT).

Pengumuman ini sekaligus memberi alternatif kepada pengguna yang sebelum ini yang hanya boleh membuat bayaran tol menerusi TnG, Smart Tag dan RFID.

Dalam pada itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya sedang menimbang untuk menambah lebih banyak lorong dengan kemudahan tersebut di seluruh negara.

“Buat masa ini, kita tak boleh buat 100 peratus di semua lebuh raya kerana faham implikasi lain yang mungkin timbul dan tidak mahu beri masalah kepada pihak konsesi,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

SPT merupakan hasil kerjasama antara Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama beberapa badan berkaitan

Menurut Sinar Harian, SPT merupakan inisiatif yang daripada Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan syarikat-syarikat konsensi lebuh raya Malaysia.

Manakala pelaksanaan SPT di Jambatan Pulau Pinang (JPP) pula dijangka dapat dimulakan pada penghujung 2023.

“Pengurusan PLUS Malaysia Berhad telah diminta untuk menyegerakan pelaksanaan SPT ini agar pengguna JPP dapat menggunakannya pada penghujung tahun ini,” katanya.

Setelah mendengar keluhan dari pengguna lebuhraya, KKR bersama-sama badan-badan berkaitan berusaha bersama-sama bagi memberikan kemudahan kepada rakyat untuk menggunakan perkhidmatan lebuhraya tanpa mengalami sebarang sekurangan.

Dengan perlaksanaan SPT, pengguna lebuhraya dapat menggunakan mod pembayaran tol yang berbeza mengikut pilihan masing-masing dan dapat memberi kesenangan buat para pengguna.

BACA: Didakwa Muat Naik Komen Aib, Sukarelawan Polis Ditahan

Sumber: YB Fahmi Fadzil

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma