Siakap Keli
sukarelawan polis ditahan
Gambar: Polis Johor

Didakwa Muat Naik Komen Aib, Sukarelawan Polis Ditahan

Didakwa Muat Naik Komen Aib, Sukarelawan Polis Ditahan

Seorang wanita yang juga merupakan sukarelawan polis ditahan semalam di Mersing selepas didakwa memuat naik komen aib di laman facebook.

Komen itu didakwa dimuat naik dengan niat mengaibkan secara keterlaluan terhada seseorang, lapor Berita RTM.

Menurut Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan berkata, wanita berusia 39 tahun itu ditahan kawasan Endau di Mersing.

IPD Johor Bahru Selatan menerima laporan pada 28 September daripada seorang pegawai kanan polis yang melayari laman sosial facebook dimana satu hantaran ditularkan oleh pemilik akaun melalui satu pautan.

Sukarelawan polis ditahan semalam, didakwa muat naik komen aib

“Di dalam hantaran tersebut terdapat satu komen merujuk kepada seseorang atau individu yang bermotifkan mengaibkan dan keterlaluan serta mendapat beberapa komen berkaitan hantaran tersebut di media sosial berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati suspek berkenaan merupakan seorang sukarelawan polis yang berkhidmat di Mersing,” menurut kenyataan itu lagi.

Semakan melalui Suruhanja Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga telah dihantar untuk siasatan lanjut ke atas pemilik akaun.

Wanita itu seterusnya ditahan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Mersing pada 28 September, kira-kira 10.58 malam.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara boleh sampai 2 tahun dan tidak lebih atau didenda atau kedua-duanya,” tambah kenyataan tersebut.

Suspek juga disiasat dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya.

Selain itu, kes berkenaan juga disiasat dibawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955. Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM100.

“Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati semasa menggunakan media sosial agar tidak mengeluarkan ayat-ayat yang menghina sesiapa sehingga mendatangkan kegusaran kepada masyarakat.”

Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang kejadian jenayah boleh segera membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

BACA: Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah US$112.46 Bilion Pada Akhir Ogos – BNM

Sumber: Polis Johor

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma