Tak Nak Beli Tapi Nak “DIY” Pewangi Tandas Sendiri? Ikut Tip Ni, Mudah Je
Bilik air merupakan tempat kita membersihkan diri daripada segala kotoran, selain mencuci pakaian dan mainan kanak-kanak. Ia adalah tempat yang dikategorikan sebagai tidak bersih kerana tidak boleh menunaikan solat di tempat tersebut.
Disebabkan tandas juga dijadikan sebagai tempat pencucian dan pembuangan, bau bilik air tersebut agak tidak menyenangkan kerana telah bercampur dengan benda lain.
Tidak susah sebenarnya untuk menjaga kebersihan tandas, lebih-lebih lagi jika untuk menghilangkan bau yang tidak enak kerana terdapat pelbagai pewangi yang dijual di pasaran.
Namun sekiranya mahu menggunakan barangan terpakai di rumah untuk membuat pewangi bilik air boleh ikuti perkongsian Azzirarazak dalam artikel ini.
Tip SK pada kali ini, memfokuskan kepada mencipta bahan pewangi bilik air buatan sendiri dengan menggunakan barangan terpakai yang ada di rumah.
Menurut Azzirarazak, tip ini boleh membantu bau bilik air bertukar menjadi wangi sepanjang masa.
Ujarnya, bau yang dikeluarkan pewangi itu tidak terlalu menyengat ke hidung namun masih selamat untuk dihidu.
Ikuti tips tersebut di bawah ini.
BACA: Nak Beli Kereta Terpakai Tapi Takut Salah Pilih? Ini Tips Wajib Anda Tahu
DIY pewangi bilik air ringkas dan mudah

Bahan-bahan:
Span
Pewangi
Cawan kosong
Cara-cara:
Gunting span bentuk dadu
Masukkan ke dalam cawan
Campurkan pewangi
Letak dalam bilik air
Sekiranya cara ini digunakan, bilik air tersebut akan dipenuhi dengan bau wangian yang mampu memberi keselesaan buat mereka yang menggunakan tandas.
Kadang-kadang tidak susah pun untuk melakukan sesuatu perkara bagi memastikan tandas berada dalam keadaan baik, hanya perlukan kerajinan sahaja.
Pun begitu, apabila melibatkan do it yourself ini, pastinya perkara itu mudah dilakukan dan bahan-bahannya juga tidak banyak.
Seperti yang dinyatakan di atas, hanya beberapa bahan sahaja yang diperlukan dan kita juga tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak kerana bahannya sudah tersedia ada di dalam rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Azzirarazak/Lemon8
BACA: Almari Berkulat? Guna Dua Bahan Ini Untuk Cegah Dan Hilangkannya