Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Nak Beli Kereta Terpakai Tapi Takut Salah Pilih? Ini Tips Wajib Anda Tahu
Setiap orang mempunyai pemilihan kereta yang tersendiri, mengikut bajet dan kemampuan mereka. Ada yang lebih memilih untuk memakai kereta terpakai dan ada juga yang memlih untuk membeli kereta baharu.
Bagi mereka yang ingin membeli kereta terpakai, semestinya tidak mengetahui cara yang betul untuk dilakukan dalam memilih kereta yang berada dalam keadaan baik.
Oleh hal yang demikian, mari lihat tips yang dikongsi oleh @iffatsalleh berkenaan cara untuk memlih kereta terpakai yang berbaloi untuk dibeli. Semoga bermanfaat.
Pastikan anda semak betul-betul beberapa perkara ni sebelum beli kereta terpakai

Benda pertama kena buat ialah semak semua pintu dan bonnet belakang.
Tiada buat apa-apa, cuma perlu buka dan tutup. Buat beberapa kali.
Kalau berbunyi pelik, kalau susah buka dan tutup, maka tinggalkan kereta tu segera. Sah kena baiki.



Korang masuk kereta, pegang stereng, pusing kiri sampai habis, pusing kanan sampai habis.
Kalau ada bunyi kluk kluk, klak klak, maka sah rosak steering rack dan komponen berkaitan.
Makan modal.
Hidupkan enjin dan lihat gegaran pada dashboard meter. Kalau bergegar, maka sah engine mounting kena tukar.
Makan modal juga.
Kalau nak tahu gegar atau tidak, ambil botol mineral kecil berisi separuh air, letak atas dashboard.
Air bergoncang, rosak la tu.

Yang ini penting, kadang-kadang hidupkan enjin tak terasa sangat getaran.
So kena masuk gear D dan tekan brek. Tengok dashboard bergegar atau tak.
Sama masalah, engine mounting rosak.
Pandu uji kereta tu, cari jalan yang ada garisan zebra atau garisan lintasan.
Ada dua cara:
Cara 1: Bawa perlahan je, bawah 50kmh melintasi garisan zebra.
Cara 2: Bawa laju sikit dalam 50-90kmh melintasi garisan zebra.
Kenapa?
Kalau melintasi garisan zebra ada bunyi kuk kuk kuk, kak kak kak, maka ada masalah undercarriage . Lower arm, drive shaft dan absorber kena tukar.
Lagi la makan modal. Ni mesti pemilik tak pernah tukar lagi.
Kalau masa memecat laju ada gegaran pada stereng, maka ada masalah pada absorber, shaft atau rim.
Gegaran akan berlaku pada 80 hingga 90kmh, lepas 100kmh akan hilang.
Jadi, benda makan modal juga ni pun. Hati-hati la kalau nak beli.
7. Periksa kebocoran
Yang ini leceh sikit, kena tunduk bawah untuk tengok leaking. Tengok dalam enjin.
Sebaiknya bawa la sorang kawan yang mahir bab enjin ni untuk tengok kebocoran.
Buka aircond pada kadar minimum. Takat 1, suhu 20 celcius. Tunggu lima minit. Tengok sejuk atau tidak. Kemudian naikkan satu takat lagi dan tunggu lima minit.
Ulang sampai habis full takat. Kemudian turunkan suhu pula sampai level LO. Kalau semua sejuk, maka cun la tu.

Lihat tips penuh di bawah ini.
Sumber: @iffatsalleh/Twitter
BACA: Wanita Kongsi ‘Helah Luar Biasa’ Jimat Minyak Kereta, Hanya Guna Mangkuk