Siakap Keli
jimat minyak kereta guna mangkuk
Kredit: Getty & TikTok

Wanita Kongsi ‘Helah Luar Biasa’ Jimat Minyak Kereta, Hanya Guna Mangkuk

Mungkin tidak ramai yang tahu, antara helah luar biasa untuk jimat minyak kereta supaya tidak perlu susah-susah asyik ‘refill’ adalah dengan guna mangkuk.

Harga barangan asas serta bahan api di peringkat global dan Malaysia khususnya mengalami peningkatan akhir-akhir ini, salah satu puncanya dipercayai adalah disebabkan inflasi.

Ramai juga yang terpaksa mengubah cara perbelanjaan harian, termasuklah dengan berjimat-cermat secara optimum semata-mata tidak mahu terkesan dengan implikasi inflasi sejagat.

Namun baru-baru ini, seorang wanita berkongsi satu helah paling unik untuk menjimatkan kadar penggunaan petrol pada kenderaan. Kedengaran agak pelik, tapi helah ini meraih perhatian ramai.

Gambar hiasan | Kredit: Getty

Menurut Daily Star, seorang pempengaruh media sosial, Anna yang mempunyai 108,600 pengikut di TikTok (@moneyformillennials) telah berkongsi kebijaksanaannya mengenai bagaimana orang ramai boleh menjimatkan wang untuk petrol mereka.

Baru-baru ini, wanita ini telah menerangkan satu helah untuk membantu penduduk di Britain mengurangkan kos bahan api kenderaan mereka.

Merujuk laporan Daily Star, dia mengatakan bahawa helah unik atau petua jimat minyak kereta itu begitu mudah sahaja, iaitu hanya menggunakan mangkuk kaca.

Kredit: @moneyformillennials

“Pernahkah anda mendengar mengenai helah luar biasa yang akan membantu anda mengurangkan penggunaan bahan api?

“Sudah tentu tidak seronok untuk melihat harga bahan api naik pada masa ini. Saya pasti anda juga berfikiran seperti saya, ‘bagaimana saya akan mengambil kira perkara ini dalam perbelanjaan saya?’

“Ada satu helah yang anda boleh lakukan. Ia mempengaruhi cara anda memandu dan disebabkan itu, ia mengurangkan jumlah bahan api yang anda perlukan.

“Helahnya adalah memandu seolah-olah anda mempunyai semangkuk air di tempat duduk penumpang anda,” katanya, memetik Daily Star.

Gambar hiasan | Kredit: Getty

Helah mangkuk air

Difahamkan, Hhelah ini dapat menggalakkan pemandu untuk memandu dengan lebih cermat dan lancar, membuat pertukaran gear yang lebih lembut dan mengurangkan kekerapan brek mengejut.

Anna menambah, “Ini tidak akan menyelesaikan masalah kenaikan harga tetapi ia merupakan idea yang menarik… apa pendapat anda?”

Gaya pemanduan ini biasanya dikenali sebagai hypermiling yang membantu kenderaan anda untuk menggunakan sedikit sahaja bahan api semasa bergerak.

Hypermiling melibatkan perancangan laluan dengan lebih cekap kerana mereka boleh memandu dengan kelajuan yang rendah dengan tidak kerap menekan pedal brek.

Brek mengejut dan memecut boleh menyebabkan kereta anda menggunakan lebih banyak bahan api.

Memandu dengan perlahan dengan kelajuan yang tetap adalah asas hypermiling.

Satu lagi cara untuk menjimatkan bahan api adalah dengan mengehadkan jumlah pemanasan dan penyejukan yang berlaku dalam kereta.

Sumber: Daily Star

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: