Pelajar MRSM ATM Bera Sedekahkan Al-Quran, Mohon Doa Jadi Hafiz & Hafizah Berjaya
Tindakan sekumpulan pelajar dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ATM Bera, Pahang mengagihkan mushaf Al-Quran secara percuma kepada penumpang kereta api mengundang sebak selepas meminta didoakan menjadi seorang hafiz dan hafizah yang berjaya.
Menerusi video yang dimuat naik @hazim.aqil, ia menunjukkan para pelajar tersebut melakukan pengedaran kitab suci pada setiap penumpang yang ada dalam kereta api berkenaan.
“Pelajar MRSM Bera, Pahang mengagihkan mushaf Al-Quran kepada penumpang kereta api secara percuma.
“Mereka meminta doa daripada penumpang untuk mendoakan supaya mereka menjadi seorang hafiz dan hafizah yang berjaya dunia dan akhirat,” katanya dalam video tersebut.
Walaupun terdapat ramai penumpang dalam kereta api tersebut namun pelajar itu dilihat tidak segan untuk menegur orang yang tidak dikenali.

Mereka menerangkan sebab tindakan mereka sambil menghulurkan Al-Quran bersaiz kecil kepada penumpang tersebut.
Dalam video tersebut, ia boleh dilihat penumpang memberi maklum balas yang positif selepas mendengarkan penerangan para pelajar.
Mereka dengan terbuka menerima kitab suci itu dan turut mendoakan supaya agar perkara yang diminta mereka menjadi kenyataan.
BACA: Pelajar Pura-pura Terjumpa Bayi Yang Dibuang, Rupanya Anak Sendiri
Reaksi warga maya
Perkara tersebut juga menuai pujian daripada warga maya termasuk merasa sebak dengan tindakan mereka.
Rata-rata warga maya memuji tindakan berani para pelajar dan berharap perkara tersebut menjadi asbab mereka berjaya mencapai apa yang dikehendaki.
Warga maya turut mengharapkan agar pengedaran kitab suci itu menjadi program tetap kerana sedikit sebanyak ia membantu orang ramai mengingatkan tentang akhirat.
“Amin semoga terbuka lapang hati adik-adik bakal hafiz dan hafizah. Semoga adik-adik MRSM ATM Bera berjaya,” doa salah seorang warga maya.
“Alhamdulillah. Semoga dengan program ini menjadi asbab anak-anak MRSM masuk syurga tanpa dihisab. Amin,” ujar netizen.
“Allahuakbar, berhabuk mata tiba-tiba. Semoga pelajar MRSM ATM Bera menjadi hafiz dan hafizah yang sentiasa mendapat keredhaan Allah, amin,” kata warga maya lagi.
“Bagus program ni. Membuat mereka akan dekatkn dengan Al-Quran,” kata netizen yang lain.
@hazim.aqil Semoga semua pelajar MRSM ATM Bera menjadi hafiz/hafizah yang berjaya dunia dan akhirat🤲🏻. #education #edutokmotivation #ktm #fyp #fypシ
Sumber: @hazim.aqil/TikTok