Siakap Keli

‘Uncle’ Menang RM3,000 ‘Challenge’ Makan Ayam Richeese Pedas Level 5

KUALA LUMPUR, 8 OKTOBER 2023: Hampir 400 peserta mengambil bahagian
dalam pertandingan Fire Chicken Challenge yang menawarkan hadiah lumayan.
Fire Chicken Challenge yang dianjurkan oleh Richeese Factory, jenama ayam goreng terkenal berasal dari Indonesia ini, berlangsung selama dua hari iaitu pada 7 dan 8 Oktober di pusat beli-belah MyTown Kuala Lumpur.

Menerusi pertandingan ini, para peserta dikehendaki mencabar ketahanan diri
mereka untuk menghabiskan ayam goreng istimewa Richeese Factory Fire Chicken dalam masa yang paling pantas.

Pengurus Negara Richeese Factory Malaysia, Joel Lee berkata, “Pertandingan Fire
Chicken Challenge ini diadakan untuk memberi peluang kepada para pengemar ayam goreng istimewa Richeese Factory Fire Chicken untuk mencabar tahap kepantasan dan had kepedasan mereka. Pada masa yang sama, inilah cara kami untuk turun padang dan menerima maklum balas orang ramai tentang ayam goreng dan produk-produk Richeese Factory”.

Pertandingan Fire Chicken Challenge dibuka secara percuma untuk disertai oleh
orang ramai dengan cara mengimbas kod QR yang disediakan untuk mengisi borang pendaftaran.

‘Uncle’ Menang RM3,000 ‘Challenge’ Makan Ayam Richeese Pedas Level 5

Pemenang tempat pertama, Lee Chee Wah, 58 tahun menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan baucar bernilai RM500. Tempat kedua pula memenangi hadiah wang tunai RM2,000 dan baucar bernilai RM500 dan tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM1,000 dan baucar bernilai RM500. Para pemenang saguhati akan menerima wang tunai RM250 dan baucar bernilai RM250 setiap seorang.

Richeese Factory diperkenalkan di Malaysia sejak 8 bulan lalu dengan pembukaan
cawangan pertamanya di pusat beli-belah 1Utama, Petaling Jaya. Sehingga akhir
September 2023, terdapat sejumlah 8 cawangan Richeese Factory di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan. Joel Lee berkata, “Sasaran Richeese Factory adalah 15 cawangan pada tahun ini dan menambah 30 cawangan lagi pada tahun hadapan”.

“Maklum balas positif terhadap kualiti dan keenakan produk Richeese Factory
memberi keyakinan kepada kami untuk terus memajukan perniagaan di Malaysia
dengan memasuki pasaran di semua negeri di Semenanjung Malaysia pada tahun
2024. Apatah lagi, ayam goreng Fire Chicken kami telah mula mengumpul ramai
penggemar setia terutamanya di kalangan golongan muda di Malaysia,” katanya lagi.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.