Siakap Keli
anwar erdogan palestin israel
Gambar; Bernama

Anwar & Erdogan Bincang Konflik Palestin-Israel

Anwar & Erdogan Bincang Konflik Palestin-Israel

PUTRAJAYA — Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Republik Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada hari ini, lapor Agensi Anadolu.

Menurut kenyataan Direktorat Komunikasi Presidens Turkiye, Anwar Ibrahim dan Erdogan membincangkan perkembangan terkini dalam konteks Israel-Palestin.

Bagaimanapun, tidak dipastikan secara terperinci maklumat yang dibahaskan oleh kedua-dua pemimpin tertinggi negara itu.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tambun itu turut memuat naik satu hantaran di platform X (Twitter) berhubung perbincangan tersebut.

Saya sempat bercakap dengan Presiden @RTErdogan sebentar tadi. Kami menyentuh mengenai perkembangan terkini melibatkan Palestin dan Israel,” tulisnya di platform berkenaan.

Malaysia Berdiri Di Belakang Palestin

Semalam, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.

Beliau berkata demikian dalam satu kiriman di platform X.

“Masyarakat antarabangsa berterusan mengambil tindakan berat sebelah terkait segala bentuk kekejaman dan penindasan kepada rakyat Palestin.

“Rampasan tanah dan harta milik rakyat Palestin dibuat Zionis tanpa henti. Akibat ketidakadilan ini, ratusan nyawa yang tidak bersalah menjadi mangsa korban.

“Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin,” katanya.

BACA JUGA: “Tiada Bekalan Elektrik, Air..,” Israel Kenakan Sekatan Penuh Ke Atas Gaza

Masjid Hasil Infak Rakyat Malaysia Musnah Akibat Serangan Israel

Semalam, Masjid Muhammad Al Amin yang merupakan sebuah masjid hasil sumbangan rakyat Malaysia di Palestin dipercayai musnah akibat serangan Israel.

Muslim Care Malaysia Society dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan perkara itu.

“Retak hati berkeping-keping melihat masjid yang tersergam indah hasil dana rakyat Malaysia pecah berderai kesan serangan oleh Israel,” kata Muslim Care.

Difahamkan, masjid tersebut telah siap dibina oleh Muslim Care pada penghujung tahun 2013 hasil usaha dan sumbangan rakyat Malaysia.

“Penghujung tahun 2013, Muslim Care Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya membina sebuah masjid luas dan cantik untuk rakyat Palestin.

“Malangnya semua hasil usaha dan sumbangan rakyat Malaysia, hari ini, 7 Oktober 2023, Masjid Muhammad Al Amin ini musnah keseluruhannya dan tidak lagi boleh digunakan,” kata Muslim Care.

Sumber: Twitter Anwar Ibrahim

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?