Siakap Keli
Palang Merah Sedia Beri Bantuan kepada Gaza
Kredit: Bernama

Palang Merah Sedia Beri Bantuan kepada Gaza

Palang Merah Sedia Beri Bantuan kepada Gaza

GENEVA, 10 Okt (Bernama-Sputnik) — Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) bersedia memberikan bantuan kesihatan kepada Israel dan Semenanjung Gaza apabila diperlukan, kata jurucakap ICRC Fatima Sator kepada Sputnik pada Selasa.

“Pada Sabtu (7 Oktober), kami dengan segera menghantar trak bantuan perubatan (usungan, katil dan beg mayat) ke hospital di Semenanjung Gaza dan sejak itu, kami telah menyampaikan bantuan tambahan.

“Kami bersedia memberikan bantuan kemanusiaan tambahan bergantung kepada keperluan kedua-dua pihak. Kami menyumbang 280 beg mayat dan 12 usungan kepada Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza,” kata Sator.

BACA: Cara Set “Child Reminder” Pada Waze, Bantu Elak Kejadian Tertinggal Anak Dalam Kereta

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma