Siakap Keli
child reminder waze
Kredit: X

Cara Set “Child Reminder” Pada Waze, Bantu Elak Kejadian Tertinggal Anak Dalam Kereta

Cara Set “Child Reminder” Pada Waze, Bantu Elak Kejadian Tertinggal Anak Dalam Kereta

Malang memang tidak berbau dan tragedi boleh berlaku tanpa kita sedar. Kejadian tidak diingini seperti anak tertinggal dalam kereta bukanlah satu perkara yang diinginkan oleh mana-mana ibu bapa.

Justeru, terdapat beberapa langkah berjaga-jaga yang boleh diambil oleh mereka yang bergerak ke mana-mana membawa anak dengan menggunakan kenderaan peribadi.

Antaranya memanfaatkan teknologi, misalnya yang terdapat pada aplikasi navigasi seperti Waze.

Takut anak tertinggal dalam kereta? Ini adalah cara untuk set Child Reminder pada Waze

Baru-baru ini, Media Selangor berkongsi cara untuk menetapkan tetapan ‘Child Reminder’ pada aplikasi Waze. Fungsi ini membolehkan ibu bapa mendapat notifikasi khas apabila tiba di sesuatu destinasi dengan bantuan navigasi Waze.

Pertama sekali, anda perlu menekan butang Menu yang terletak pada bahagian kiri atas pada paparan peta Waze. Dalam banyak pilihan di Menu, pilih Settings dan tatal skrin sehingga anda ternampak pilihan ‘Reminder‘.

 

waze child reminder
Kredit: X
waze child reminder
Kredit: X

Sebaik sahaja menjumpai pilihan tersebut, klik pada Reminder dan kemudian, Waze akan menunjukkan status pengaktifan ‘Child Reminder‘ pada peranti anda.

Kredit: X
Kredit: X

Kebiasaannya, jika anda tidak pernah mengaktifkan peringatan ini, Child Reminder akan berada dalam keadaan off.  Aktifkan Child Reminder pada bahagian tersebut dan anda boleh menetapkan mesej custom untuk peringatan anda.

Kredit: X

Anda boleh letakkan mesej seperti: “Cuba periksa, ada anak tak dekat belakang “, ”Tadi ada bawak anak,” dan sebagainya.

Mesti anda tertanya-tanya, apa fungsi Child Reminder ini kepada pengguna Waze, kan? Adakah peringatan ini akan memaklumkan kepada pengguna Waze lain bahawa anda sedang membawa kanak-kanak di belakang? Tidak.

Seperti yang kami maklumkan sebentar tadi, apabila tiba di destinasi yang hendak dituju, anda akan menerima satu notifikasi daripada aplikasi ini.

Notifikasi yang diberikan pula berdasarkan mesej yang anda tetapkan pada tetapan Child Reminder itu tadi.

Dengan ini anda diharapkan tidak akan terlupa bahawa anda sedang membawa anak kecil di belakang. Ia sekaligus dapat mengelak kejadian tidak diigini seperti tertinggal bayi dalam kenderaan berlaku.

Semoga bermanfaat.

BACA: Ramai Tak Jangka, Ini ‘Bencana’ Menanti Jika Talian Internet Tiba-tiba Hilang Di Seluruh Dunia

Sumber: Media Selangor via X

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma