Siakap Keli
Ini Perubahan Yang Akan Berlaku Jika Internet Mula Hilang Dari Peradaban Manusia
Kredit: Bernama

Ramai Tak Jangka, Ini ‘Bencana’ Menanti Jika Talian Internet Tiba-tiba Hilang Di Seluruh Dunia

Ramai Tak Jangka, Ini ‘Bencana’ Menanti Jika Talian Internet Tiba-tiba Hilang Di Seluruh Dunia

Internet hari ini menjadi satu keperluan yang utama jika mahu aktiviti harian berjalan dengan lancar. Jika dahulu, banyak urusan perlu dijalankan secara surat menyurat ataupun berurusan menerusi kaunter di premis-premis berkaitan.

Kini, segala-galanya berada di hujung jari. Dokumen, borang dan sebagainya tersedia secara digital. Malah, orang ramai juga sudah tidak membawa wang tunai jika keluar kemana-mana kerana kewujudan dompet digital.

Di tempat kerja pula, operasi syarikat hampir 100 peratus bergantung dengan talian internet yang bagus untuk beroperasi dengan lancar.

Jika difikirkan balik, mungkin tidak keterlaluan untuk kita katakan bahawa manusia memerlukan sambungan internet setiap masa.

Internet tiba-tiba hilang seluruh dunia, ini yang akan terjadi

Bayangkan situasi talian internet seperti WiFi terganggu ataupun kuota langganan data habis, semua urusan hampir pasti tergendala.

Kalau keadaan ini berlanjutan selama beberapa hari, rasanya suasana kacau-bilau boleg tercetus. Jadi, pernah atau tidak terbayang apabila ‘nikmat’ internet ini tiba-tiba hilang dari peradaban manusia, apa yang akan jadi pada dunia ini?

BBC Science Focus telah berkongsi apa yang berlaku di dunia apabila talian internet tiada secara tiba-tiba.

Kesannya boleh dilihat dalam masa sehari, seminggu, sebulan dan setahun selepas internet ‘ghaib’ dari kehidupan manusia.

Selepas sehari

Pada penghujung hari pertama, Facebook dan Google akan mengalami kerugian lebih dari £300 juta (RM1.723 bilion) daripada hasil pendapatan menerusi perkhidmatan periklanan.

Kebanyakan urusan perniagaan pun terpaksa dihentikan disebabkan urusan perbankan, talian telefon dan kebanyakkannya bergantung pada interent.

Selepas Seminggu

Grid kuasa moden bergantung kepada internet untuk mengkoordinasi antara loji kuasa dan sub stesen elektrik. Tanpa kehadiran internet, grid nasional bagi setiap negara akan menjadi tidak seimbang.

Ketidakseimbangan ini akan menyebabkan masalah gangguan elektrik berlaku di seluruh dunia.

Selain itu, saluran paip gas juga tidak akan berfungsi kerana saluran ini bergantung pada tenaga dan internet untuk berfungsi.

Selepas sebulan

Stesen minyak menggunakan tenaga elektrik untuk mengepam minyak ke kenderaan. Pada masa yang sama, perkhidmatan tersebut memerlukan sambungan internet untuk memantau aras tangki, memperoses transaksi dan membuat pesanan untuk penghantaran baharu.

Tanpa bahan api, semua pasar raya tidak dapat menghantar bekalan makanan dan rusuhan akan berlaku di setiap depot pengedaran utama.

Dalam situasi genting ini, pasukan tentera akan dipanggil, tetapi badan ketenteraan juga memerlukan bahan api dan bekalan makanan.

Selepas setahun

Di bahagian-bahagian dunia yang lebih maju, kebanyakan negara berjaya membangunkan semula talian telefon yang asas.

Dengan tindakan ini, di negara-negara ini mula menyaksikan penduduknya membentuk gaya hidup baharu dengan kemampuan teknologi ketika itu.

Kebanyakan kawasan juga mula kembali kepada amalan ekonomi berasaskan pertanian seperti penanaman, perternakan termasuklah perikanan. Ekonomi global juga dijangka akan kembali seperti tahap ekonomi ketika 1930-an.

Sepanjang ketiadaan internet, dijangka seramai satu bilion penduduk bumi akan meninggal dunia disebabkan kebuluran, kesejukan dan pergolakan.

BACA: Pandai Bergurau, Anak Ikan Pari Main Percik-percik Air Guna Mulut Curi Tumpuan Ramai

Sumber: BBC Science Focus

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma