Siakap Keli
AirAsia diskaun MYAirline

AirAsia Tawar Diskaun 50% Tiket Penerbangan Untuk Penumpang MYAirline

AirAsia Tawar Diskaun 50% Tiket Penerbangan Untuk Penumpang MYAirline

Air Asia luah rasa empati dan sokongan penuh kepada semua penumpang MYAirline dan kakitangan mereka selepas syarikat penerbangan itu mengumumkan penggantungan operasi bermula hari ini.

Air Asia juga menawarkan 50 peratus diskaun penerbangan AirAsia untuk penumpang MYAirlines yang sudah membeli tiket penerbangan hari ini sehingga 30 November 2023.

Untuk kakitangan MYAirlines pula boleh layari laman web careers.airasia.com untuk memohon dan menyertai keluarga ALLstar.

Awal pagi hari ini, MYAirline membuat kenyataan mengejut dengan menggantung operasi serta-merta bermula hari ini. Menurut laporan Bernama, ada penumpang yang tidak mengetahui hal ini dan telah sampai ke lapangan terbang KLIA2 untuk terbang hari ini.

MYAirline mula beroperasi secara rasmi pada bulan November 2022. MYAirline menawarkan penerbangan domestik tambang murah dan mempelbagaikan pilihan buat rakyat Malaysia memilih. Tak sampai setahun, MYAirline menggantung operasi disebabkan masalah kewangan yang dihadapi.

@flyairasia

We’re here to extend support. #flyairasia

♬ original sound – Fly AirAsia

Penumpang MyAirline Sdn Bhd di sini mahu pihak syarikat itu mengambil tanggungjawab atas kerugian mereka berikutan pembatalan penerbangan dan penggantungan operasinya yang berkuat kuasa hari ini.

Suziana Ottoh, 36, hanya menyedari pembatalan penerbangan itu kira-kira 10 pagi tadi selepas tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) di sini pada 6 pagi dari Lahad Datu yang jaraknya lebih 400 kilometer.

Beliau bersama lima anaknya dijadualkan berlepas ke Kuala Lumpur pada 4.20 petang 14 Okt ini, tetapi  waktunya telah ditunda kepada 9.50 malam.

“Saya tidak pasti sama ada (penerbangan jam 9.50 malam) itu dibatalkan atau tidak. Saya takut kalau dibatalkan lagi macam hari ini, sia-sia saja menunggu,” katanya kepada Bernama di KKIA di sini hari ini.

MYAirline Sdn Bhd dalam satu kenyataan awal pagi ini memaklumkan menggantung operasinya berkuat kuasa hari ini hingga diberitahu kelak berikutan tekanan kewangan yang ketara.

BACA: Penumpang mahu MYAirline Ambil Tanggungjawab

Sumber: Fly AirAsia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)