Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
australia indonesia piala dunia
Kredit: AFP

Australia Dinasihat Supaya Tak Jadikan Indonesia Rakan Kongsi Dalam Piala Dunia 2034

Nurhanis

Australia Dinasihat Supaya Tak Jadikan Indonesia Rakan Kongsi Dalam Piala Dunia 2034

Australia yang berharap dijadikan sebagai tuan rumah dalam menganjurkan Piala Dunia 2034, menerima nasihat supaya tidak mengambil Indonesia sebagai rakan kongsi, lapor CNN Indonesia.

Terdapat khabar angin yang mendakwa Australia bakal menjadikan Indonesia sebagai rakan kongsi namun berita itu masih sayup-sayup kedengaran susulan ada pihak yang tidak mahu Indonesia terlibat dengan sukan tersebut.

Dalam artikel analisis dalam Sunday Morning Herald, ia ditulis secara terbuka mengenai sisi gelap bola sepak Indonesia yang difikirkan mampu memusnahkan harapan Australia untuk mengadakan Piala Dunia.

Artikel bertajuk Bagaimana Singapura dan Malaysia Boleh Membantu Merealisasikan Piala Dunia Lelaki di Australia, yang ditulis Vince Rugeri, yang menceritakan kembali Tragedi Kanjuruhan dalam perenggan pertama.

“Apabila peminat pasukan Indonesia Arema menyerbu ke padang tahun lalu selepas tewas kepada saingan Persebaya Surabaya, mereka mencetuskan bencana stadium terburuk dalam hampir 60 tahun, mengorbankan 135 orang, impaknya dirasai di seluruh dunia,” tulisnya.

“Di Australia, ini menjejaskan cita-cita lama untuk menjadi tuan rumah acara sukan terbesar dunia: Piala Dunia Lelaki FIFA. Pelan tiga negara antara Australia, Indonesia dan New Zealand untuk edisi 2034 telah dibincangkan secara berterusan dan perkara itu akan membuatkan ia perlahan, ” sambung Rugeri dalam perenggan kedua.

Dalam masa yang sama, terdapat berita yang juga meraih perhatian berhubung pembatalan Piala Dunia B-20 2023 di Indonesia yang berkaitan dengan penyertaan Israel.

BACA: Indonesia Impi Anjur Piala Dunia 2034, Tuan Rumah Bersama Dengan Malaysia, Singapura & Australia

“Dan seolah-olah mengesahkan itu (pembatalan kerjasama antara Indonesia dan Australia sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034), terdapat kontroversi mengenai penglibatan Israel dalam Piala Dunia B-20 di mana penunjuk perasaan, termasuk Gabenor Bali, memaksa FIFA untuk membatalkan hak tuan rumah Indonesia.

“Ia adalah satu tamparan besar kepada reputasi Indonesia dalam dunia bola sepak yang telah terganggu oleh rasuah, campur tangan politik dan potensi yang sia-sia selama bertahun-tahun,” memetik perenggan ketiga artikel itu.

Selain daripada perhatian negatif terhadap Indonesia, artikel tersebut membayangkan keinginan besar Australia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia dengan memaksimumkan kemungkinan sedia ada seperti membina stadium atau bekerjasama dengan negara lain.

Baru-baru ini, negara ‘kanggaru’ berkenaan bersama New Zealand telah menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia Wanita 2023.

Susulan itu, impian untuk mengadakan Piala Dunia (lelaki) juga muncul namun terdapat masalah timbul di mana Australia tidak mempunyai banyak stadium dengan piawaian FIFA.

Piawaian FIFA tersebut mengatakan sebuah stadium mesti memuatkan sekurang-kurangnya 40,000 penonton.

Piala Dunia pastinya akan menjadi acara luar biasa besar kerana kemungkinan terdapat penambahan finalis, daripada 32 negara kepada 48 negara, seperti yang akan berlaku buat kali pertama pada Piala Dunia 2026.

Sumber: CNN Indonesia