Pemuda Palestin Terkejut, Letupan Berlaku Depan Mata
Beberapa hari lalu, bermulanya konflik terbaru antara Israel dan Palestin yang masih berlanjutan sehingga ke hari ini. Setakat ini, ribuan nyawa terkorban dalam siri berbalas serangan antara Hamas dan tentera Israel.
Lebih memilukan, nyawa wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa juga tergadai dalam koflik yang tercetus ini. Satu video tular semalam dari akaun Tiktok Mohammed Shurafa, seorang pemuda Palestin yang pernah menetap di Indonesia serta fasih berbahasa Indonesia.
Beliau yang kelihatan cemas dalam video tersebut ketika sedang bergegas melalui sebatang jalan terkejut dan bertempiaran lari selepas satu letupan berlaku hanya beberapa ratus meter dari jalan yang beliau lalui.
Dalam video di bawah juga Shurafa berkata “Allah masih kasih saya kesimpatan untuk hidup, Alhamdulillah.”
Dia juga mencari tempat bersembunyi dan mulutnya tak berhenti mengucap Bismillah. Marilah sama-sama kita panjatkan doa semoga konflik ini segera berakhir dan tiada lagi nyawa yang terkorban.
@mohammed.shurafa Allah masih kasih saya kesimpatan untuk hidup #indonesia #fyp #explore
Sumber: Mohammed Shurafa