Siakap Keli
Remaja Palestin kucing
Kredit TikTok/@newsletterarabi

Rumah Kena Bom Ketika Main “Game”, Remaja Palestin Dan Kucing Kesayangan Berjaya Terselamat

Rumah Kena Bom Ketika Main “Game”, Remaja Palestin Dan Kucing Kesayangan Berjaya Terselamat

Seperti sedia maklum, Palestin dan Israel kini sedang teruk bergolak.

Serangan itu telah mengorbankan ribuan nyawa yang tidak bersalah seperti kanak-kanak dan kaum wanita.

Banyak rakaman video menyayat hati didedahkan dan dikongsikan di media-media sosial penduduk dunia.

Antara video yang mendapat perhatian adalah berkenaan seorang remaja lelaki Palestin bersama ayahnya yang menyelamatkan kucing di bawah runtuhan bangunan.

Video yang dimuat naik oleh @newsletterarabi itu menunjukkan dua beranak itu baru sahaja keluar dari runtuhan bangunan bersama seekor kucing.

Kredit TikTok

Menurut bapa remaja lelaki itu, mereka kini tinggal sehelai sepinggang selepas semua yang dimilikinya musnah dan ranap.

“Semuanya ranap. Tiada apa yang tinggal. Memori, zaman kanak-kanak semuanya telah hilang. Mana kami harus pergi selepas ini?” kata bapa remaja itu.

Selain keluhan kekecewaan, kucing yang diselamatkan itu juga kelihatan ketakutan dan trauma dengan kejadian serangan tersebut.

Kucing yang trauma itu kelihatan cuba melarikan diri daripada remaja lelaki tersebut selepas diselamatkan olehnya.

Menurut remaja lelaki itu berdasarkan muat naik kapsyen video, ketika kejadian serangan dia sedang bermain permainan video dengan rakan-rakannya.

Menerusi perkongsian video itu lagi, jelas kelihatan bahawa kawasan sekitar lokasi kejadian itu telah hancur musnah.

Runtuhan bangunan dilihat memenuhi setiap sudut kawasan serangan tersebut.

Muat naik itu telah menunjukkan kesan daripada serangan yang telah memusnahkan rumah-rumah penduduk yang tidak bersalah.

@newsletterarabi

The boy holding the cat has said he was playing video games with his friends in his room when the Israeli air strike bombed his home and absolutely destroyed everything inside it. #foryou#fyp#palestine#gaza#israel#hamas#muslim#arab#trump#christian#jewish#freepalestine#arab#arabtiktok#islam#فلسطين#idf

♬ original sound – Updates on the Arab World

Konflik Palestin-Israel: Guru Sekolah Al-Quran Malaysia Di Gaza Terkorban

Sebelum ini, seorang wartawan, Muhammad Al-Salhi dilaporkan meninggal dunia dalam konflik yang berlaku di antara Palestin dan Israel, lapor Astro Gempak.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengurus Aman Palestin Cawangan Temerloh, Ahmad Nu’man Mazlan dalam satu hantaran di aplikasi X.

Maklum Nu’man, Muhammad Al-Salhi syahid sewaktu melakukan liputan mengenai konflik antara kedua-dua negara berkenaan.

Difahamkan, Allahyarham juga merupakan guru di Sekolah Al-Quran Malaysia di Gaza.

“As-Syahid Muhammed Al-Salhi, seorang wartawan yang telah syahid dalam perang terkini bukan sekadar wartawan yang mengambil liputan perihal Palestin.

“Tetapi beliau juga merupakan guru di Malaysia Quran School Gaza, sekolah yang dibina oleh para penyumbang Aman Palestin,” katanya di platform tersebut.

BACA:“Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Sumber: TikTok/@newsletterarabi

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka