Siakap Keli
penjawat awam rm2000

Penjawat Awam Gred 56 & Ke Bawah, Termasuk Lantikan Kontrak Terima Insentif RM2000

Penjawat Awam Gred 56 & Ke Bawah, Termasuk Lantikan Kontrak Terima Insentif RM2000

Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi telah membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

Menerusi pembentangan berkenaan, banyak insentif khas diumumkan yang bakal memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Antaranya insentif yang diumumkan sebentar tadi termasuklah pemberian khas kepada penjawat awam. Insentif berkenaan diberikan sementara kerajaan menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam.

Penjawat awam dapat RM2000

”Kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak 2,000 ringgit kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah,” katanya.

Penerima bayaran ini termasuklah penjawat awam lantikan kontrak.

Manakala, semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform pula akan menerima RM 1000.

Selain itu, semua pesara kerajaan juga akan menikmati bayaran insentif menerusi Belanjawan 2024 ini.

Menurut Perdana Menteri lagi, semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencan akan menerima bayaran sebanyak RM 1000.

”Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal,” kata beliau.

Beliau pada masa yang sama turut menyarankan majikan swasta untuk mengkaji kesesuaian saraan serta ganjaran kepada pekerja dengan mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa.

”Saya menyeru untuk pihak swasta untuk memberi ganjaran terutamanya syarikat yang mempunyai keuntungan yang munasabah,” katanya lagi.

BACA: SARA Diperluas, 700,000 Penerima STR Terima RM100 Sebulan Untuk 12 Bulan

Sumber: Belanjawan 2024

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma