Siakap Keli
Bangkai ular sawa gergasi
Kredit TikTok/@asroyoy96

Seram, Bangkai Ular Sawa Gergasi Ditemui Di Tepi Jalan Ladang Kelapa Sawit

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seram, Bangkai Ular Sawa Gergasi Ditemui Di Tepi Jalan Ladang Kelapa Sawit

Sebuah video yang memaparkan penemuan bangkai seekor ular sawa gergasi telah tular di media sosial.

Perkongsian penemuan itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @asroyoy96.

Berdasarkan perkongsian video oleh lelaki bernama Mohamad Asroy itu, ular tersebut dilihat berada di tepi sebuah jalan raya di sebuah hutan.

SK yang berpeluang mendapatkan keterangan Mohamad Asroy berkata bahawa penemuan itu telah dibuat pada 9 Oktober yang lalu.

Bangkai ular sawa bersaiz gergasi yang kekenyangan itu ditemui ketika Asroy dalam perjalanan ke kebun sawit kira-kira jam 12 tengah hari.

Kredit TikTok

Menurut Asroy lagi, penemuan itu dikatakan berlaku di Kampung Pelong Setiu, Terengganu.

Saiz ular sawa dah macam batang pokok kelapa

Jika diamati saiz ular sawa tersebut ia kelihatan hampir sama besar dengan saiz tayar kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh rakan-rakan Asroy.

Kredit TikTok

Bagaimanapun, punca kematian ular sawa gergasi tersebut tidak dapat diketahui.

Bukan sahaja bersaiz besar, ular sawa itu juga mempunyai panjang yang luar biasa daripada spesies ular-ular tersebut.

Menerusi perkongsian video itu lagi, dapat dirumuskan bahawa ular itu berkemungkinan mati dalam keadaan kekenyangan ekoran saiz badannya yang terlalu besar.

Perkongsian Asroy itu dengan pantas telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial tersebut.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Besar ular sawa dah macam batang pokok kelapa,” tulis seorang netizen yang membandingkan saiz ular itu dengan pokok kelapa.

“Aku ni sebenarnya takut dengan ular, Tapi kalau dah tengok ular tu terkapar macam tu. Alahai kasihan la pulak,” tulis seorang lagi netizen yang mengasihani ular tersebut.

“Ular besar ni bahaya sangat-sangat tapi ni je la bukti hutan kita ni masih sesuai untuk dorang. Sayang mati dah pulak, letak zoo okay ni,” tulis seorang netizen lagi.

BACA: Nekad Mahu Ubah Kehidupan, Lelaki Ini Gigih Lakukan Pelbagai Kerja Sambil Sambung Belajar Di Peringkat ‘Master’

@

♬ –

Sumber: TikTok/@asroyoy96

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.