Siakap Keli
diarah pulang malaysia incheon

Gadis Ini Diarah Pulang Semula Ke Malaysia Selepas Mendarat di Incheon

Gadis Ini Diarah Pulang Semula Ke Malaysia Selepas Mendarat di Incheon

Melancong ke luar negara mungkin menjadi impian sesetengah orang. Ada yang sanggup mengumpul duit berbulan-bulan untuk mencapai impian melihat negara orang lain.

Seperti Hazwani Amira, yang memasang impian ke negara Korea Selatan tetapi berakhir dengan kekecewaan. Amira memuatnaik pengalaman beliau ke Korea Selatan yang menjadi tular di TikTok.

Menurut Amira, semuanya baik-baik sahaja dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) sehingga sampai ke lapangan terbang di Incheon. Detik hitam, itu bermula apabila Amira dan seorang lagi rakannya tiba di pemeriksaan pegawai Immigresen.

Seperti biasa, pihak Immigresen meminta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti paspot dan K-ETA (Kebenaran Kembara Elektronik Korea Selatan). Tiba-tiba, pegawai itu bertanya kenapa paspot Amira tiada sejarah perjalanan. Amira menjelaskan itu paspot yang dah diperbaharui.

Pegawai itu juga bertanya, mana paspot yang lama? Amira tidak bawa bersama ke Korea. Terus kedua-dua mereka diminta ikut pegawai itu untuk disiasat. Selepas disoal siasat, mereka berpendapat Amira dan rakannya tidak lengkap untuk masuk ke negara Korea sebagai pelancong.

Akhirnya, pegawai Imigresen meminta Amira dan rakannya pulang semula ke Malaysia keesokan harinya. Mereka ditempatkan dalam satu bilik bersama pelancong-pelancong lain yang senasib dengan mereka. Paspot mereka dipegang pihak Imigresen. Mereka terpaksa menunggu ketibaan penerbangan pagi esoknya jam7.30 pagi.

Penerbangan pulang itu adalah percuma kerana mereka telah menempah tiket penerbangan pulang lebih awal. Amira juga mengucapkan terima kasih kepada staf AirAsia dan juga kedutaan Malayasia di Korea Selatan kerana banyak membantu dalam kesnya itu. Namun, pegawai Imigresen kekal tegas arahkan mereka pulang.

Sumber: Hazwani Amira

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)