Siakap Keli
Gambar: AFP

Jam Tangan Mewah Dibeli Hasil Duit Hadiah Pemberian Ibu & Mendiang Bapanya – PDRM

Jam Tangan Mewah Dibeli Hasil Duit Hadiah Pemberian Ibu & Mendiang Bapanya – PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebentar tadi mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu seorang pegawai kanannya yang memiliki gaya hidup mewah dengan memiliki dua utas jam tangan berjenama Rolex.

Menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, Datuk Seri Azri Ahmad, hasil siasatan awal mengesahkan kedua-dua utas jam tangan mewah tersebut dibeli hasil duit hadiah pemberian ibu dan mendiang bapa pegawai polis tersebut.

Kenyataan itu juga menyebut mendiang bapa pegawai kanan berkenaan merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.

“Jabatan Integriti dan Pemantuhan Standard (JIPS), Bukit Aman akan meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut,” kata kenyataan itu lagi.

Isteri pengawai polis didakwa atas kes kecurian dua utas jam mewah

BACA: 5 Kesilapan Ramai Buat Bila Shopping Kat Mydin Yang Boleh Sebabkan Korang ‘Rugi’

Sebelum ini, Astro Awani melaporkan seorang isteri pegawai polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis lalu.

Wanita tersebut telah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mencuri dua utas jam tangan mewah jenama Rolex milik suaminya tiga tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 41 tahun didakwa telah melakukan perbuatan terbabit di sebuah rumah di Pinggiran Rapat Ria, Ipoh pada Januari 2021.

Mengikut pertuduhan, suspek didakwa telah melakukan kecurian di dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat simpanan harta benda.

Antara barangan kecurian iaitu seutas jam tangan Rolex Sky Dweller (Model 326135) nombor siri 0890R359 dan seutas jam tangan Rolex GMT Master-II 9 (Model 116718 LN) nombor siri A9R56702.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menjadi tular baru-baru ini. Ia selepas beliau dengan lantang menyuarakan isu gaya hidup mewah dalam kalangan anggotanya meskipun tidak memegang jawatan tinggi.

Jelasnya, semua pegawai dan anggota polis yang menjawat jawatan-jawatan sensitif diarahkan untuk mengisytiharkan harta masing-masing dengan segera.

Antara jawatan sensitif yang dimaksudkan adalah Pegawai Risikan dan Operasi, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) dan pegawai di Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7).

“Bagi KBSJD, hanya daerah yang mempunyai risiko tinggi menerima rasuah, bukan semua KBSJD yang jatuh dalam kelompok ini,” katanya.

BACA: Nak Elak Isu Remeh, Apa Kena Buat Kalau Pasangan Seorang Gamer? Sokong Atau Halang?

Sumber: Polis Diraja Malaysia via Facebook & Astro Awani

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma