Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pewaris Keluarga Kaya Terkedu, Dapat Tahu Bukan Anak Kandung Selepas Buat Ujian DNA

Nur Syahirah Zainoor Hisham
keluarga kaya bukan anak kandung
Kredit: AFP

Pewaris Keluarga Kaya Terkedu, Dapat Tahu Bukan Anak Kandung Selepas Buat Ujian DNA

Seorang wanita muda yang dibesarkan di oleh ibu bapa yang kaya-raya terpaksa menerima hakikat yang cukup pedih apabila ia didapati bukan anak kandung orang tuanya.

Menurut The Thaiger, walaupun mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada keluarga tersebut, ramai yang selalu memberi teguran tidak enak tentang dirinya. Antaranya, rakan-rakan dan jiran-jiran sering mempertikai wajahnya yang langsung tidak mirip dengan ibu bapanya.

Tertekan dengan komen-komen tersebut, wanita itu nekad untuk melakukan ujian DNA. Malangnya, ujian itu membenarkan kata-kata orang disekeliling apabila mendapati dia bukan sebahagian daripada waris keluarga itu.

Apabila mendapat tahu keputusan itu, dia ternyata amat terkejut kerana hubungan kekeluargaan antara mereka selama ini sangat rapat.

Gosip tentang keturunan berlaku sejak kecil

Menurut The Thaiger lagi, wanita itu sebenarnya terpaksa berdepan dengan gosip tentang keturunannya sejak kecil lagi.

Namun begitu, kedua-dua ibu bapanya sering kali mengelak daripada menjawab pertanyaannya ketika kecil sama ada dia anak kandung mereka atau sebaliknya.

Malah, mereka sebaliknya memujuk agar tidak terlalu memikirkan sangkaan-sangkaan yang dibuat orang luar dan menegaskan dia adalah anak mereka.

Wanita berkenaan sebelum ini terpaksa membawa diri menyambung pelajaran di luar negara akibat tidak tahan dengan gosip berkenaan dirinya walaupun sudah dipujuk oleh ibubapanya.

Kehadiran seorang wanita yang benar-benar mirip dengan dirinya

Ketika dia pulang secara rahsia ke rumah untuk bertemu dengan orang tuanya, wanita itu bertemu dengan seorang individu yang sangat mirip dengan wajahnya.

Individu berkenaan ketika itu sedang berbual-bual dengan ibu bapanya di ruang tamu rumah mereka. Rupa-rupanya individu berkenaan adalah adik perempuan kepada ibunya.

Bagaimanapun hubungan mereka tidak rapat dan nama adik ibunya jarang disebut memandangkan dia menetap dan bekerja di luar negara.

Menurut wanita itu, dia pernah bertemu dengan ibu saudaranya itu ketika kecil, namun tidak terlalu memberi tumpuan. Namun, dalam pertemuan kali ini, dia merasa terkejut kerana wajah mereka amat mirip.

Selepas berfikir untuk beberapa hari, dia akhirnya nekad untuk menjalani ujian DNA untuk mencari jawapan.

Apabila ujian DNA tersebut membuktikan bahawa dia bukan anak kandung sebenar orang tuanya, dia terus menunjukkan keputusan tersebut kepada kedua ibu bapanya.

Ibu bapanya terdiam dan meminta maaf serta mengelak dari memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut.

Wanita tersebut nekad mencari kebenaran

Dalam perjalanannya untuk mencari kebenaran, wanita muda tersebut mengambil keputusan untuk bersemuka dengan ‘makciknya’ sekali lagi.

Pertemuan tersebut membawa kepada kisah yang amat mengejutkan. Rupa-rupanya wanita yang disangka ‘makciknya’ selama ini adalah ibu kandungnya.

Menurut ‘makciknya’, dia hanya mendapat tahu dia sedang hamil selepas berpisah dengan suaminya. Namun begitu, wanita itu membuat keputusan untuk menyembunyi kehamilannya. Selepas wanita muda itu dilahirkan, ibu kandungnya menyerahkan dia kepada kakaknya (wanita yang membesarkannya selama ini) untuk dijaga.

Tidak lama kemudian, kakak kepada wanita itu telah berkahwin dengan pilihan hatinya.

Ketika hari perkahwinan tersebut, bekas suami ibu kandungnya mendapat tahu tentang status wanita muda itu. Lelaki berkenaan kemudian menyatakan hasrat untuk membesarkan wanita muda itu memandangkan dia adalah anak kandungnya.

Walau bagaimanapun, kakak ibu kandungnya meminta izin untuk menjaga dan membesarkan dia. Lelaki berkenaan akur dan membiarkan dia dibawah jagaan wanita tersebut.

Setelah mendengar kisah tersebut, wanita muda berkenaan tidak menyangka wanita yang disangka ‘makcik’ adalah ibu kandungnya yang sebenar. Manakala ‘ibu kandung’ yang membesarkannya selama ini adalah makciknya yang sebenar.

BACA: Nak Elak Isu Remeh, Apa Kena Buat Kalau Pasangan Seorang Gamer? Sokong Atau Halang?

Sumber: Thaiger