Siakap Keli
Sabri Yunus Angeline Tan berkahwin
Kredit Instagram/Isseyfazlisham

Sabri Yunus Dan Angeline Tan Sah Berkahwin

Sabri Yunus Dan Angeline Tan Sah Berkahwin

Pelakon dan pengarah tersohor Sabri Yunus pada hari ini dilaporkan selamat bernikah dengan seorang lagi pelakon Angeline Tan sebentar tadi.

Kedua-dua mereka difahamkan telah dinikahkan oleh Dato Dr Maza, Mufti negeri Perlis dan disiarkan secara langsung di Facebook PROmediaTAJDID.

Selain itu, pernikahan itu turut dikongsikan oleh Issey yang merupakan pelakon, pelawak dan penyampai radio.

“Selamat Pengantin Baru abang Sabri Yunus dan Kak Ardini/Angeline Tan. Alhamdulillah. Kami sangat gembira. Semoga cinta Wan Ismail Golok dan Lucy kekal samapi ke syurga. Pimai pimai tang tu,” tulis kapsyen muat naik Issey tersebut.

Sabri dan Angeline kelihatan sangat berseri dengan sepersalinan lengkap berwarna putih.

Angeline yang bertudung rapi ketika majlis akad nikah itu telah menyerlahkan lagi sisi keayuannya.

Selamat pengantin baru kepada kedua duanya, dan semoga berbahagia!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Issey Fazlisham (@isseyfazlisham)

Sumber: Facebook/PROmediaTAJDID, Instagram/isseyfazlisham

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka