Siakap Keli
kematian

“Harga Batu Nisan Je Pun Dah RM800”, Tak Ramai Tahu, Lelaki Dedah Kos Pengurusan Jenazah Kena Sedia

Satu perkara yang pasti terjadi dalam hidup ini sudah pasti adalah kematian. Tidak kira tua muda, pangkat atau harta, semua akan melalui kematian.

Saban hari kita dengar berita kematian di sekeliling kita, namun adakah kita sudah bersedia? Bukan sahaja dari segi amalan, tetapi juga dari segi kewangan supaya keluarga tidak terbeban selepas hilang tempat bergantung suatu hari nanti.

Baru-baru ini, seorang pemuda telah mendedahkan anggaran kos bagi pengurusan jenazah di negara kita.

Berikut adalah perkongsiannya:

Bagi yang pernah menguruskan jenazah terutamanya keluarga sendiri, mesti tahu betapa pentingnya khairat kematian. Dengan wang khairat kematian inilah dapat memudahkan proses pengurusan jenazah bermula pengurusan di masjid atau surau sehinggalah ke liang lahad.

Walaupun anggaran kos nak urus jenazah ini berpatutan, tetapi dengan adanya wang khairat kematian, akan sangat memudahkan urusan waris.

Bayangkan, harga batu nisan je pun dah RM800. Kalau nak tahu, kos untuk pengurusan jenazah di negara kita boleh mencecah antara RM1,000 hingga RM5,000. Macam mana kalau kita tak betul2 prepare?

Memang ada badan NGO yang menawarkan perkhidmatan ini secara percuma. Tetapi mereka ini tak ada la di semua tempat. Bantuan zakat pula hanya untuk golongan yang miskin atau asnaf sahaja.

Bayangkan kita tak buat khairat kematian ketika masih hidup, adakah kita yakin urusan pengebumian akan berjalan lancar?

Sudahnya, waris terdekat yang perlu tanggung. Kalau mampu, tak mengapa. Tapi, macam mana pula kalau mereka juga tidak mempunyai wang atau simpanan masa tu?

Ini senarai anggaran kos pengurusan jenazah:

  • Jurumandi/Kafan (3 Orang = RM250.00)
  • Imam & Talkin (1 Orang X RM100.00)
  • Pemandu (1 Orang X RM100.00)
  • Set Kain Kafan (1 Set X RM250.00)
  • Sewaan Van (RM100.00 (Kl)*Luar Kadar Tertentu)
  • Kubur (1 Orang X RM300.00 *Bergantung Pada Pihak Kubur)

Bila melihat kepada amaun yang diperlukan tersebut, agak membebankan kepada waris untuk menguruskan jenazah kita nanti. Setakat ini, waris yang terdiri daripada golongan fakir miskin atau asnaf selalunya akan diberikan bantuan. Namun, bagaimana pula dengan golongan biasa macam kita?

Oleh yang demikian, kita perlu memastikan ada satu perlindungan ataupun simpanan dari segi kewangan agar urusan pengendalian jenazah, sewaktu dan selepas kematian termasuk urusan waris dapat diuruskan dengan baik.

Caruman RM28 Setahun, Perlindungan Hingga RM12,000

Baru-baru ini Siakap Keli membuat carian berkenaan pelan khairat yang paling murah dan berbaloi dipasaran. Hasil carian, kami dapati khairat yang dikeluarkan oleh Tabung Haji iaitu TH Khairat adalah yang paling berbaloi untuk dimiliki!

Kepada yang tidak tahu, khairat adalah satu sumbangan yang hanya diberikan kepada waris untuk urus jenazah dan meringankan beban waris yang ditinggalkan.

Dari segi pembayaran pula, korang hanya perlu melakukan pembayaran serendah RM28 sahaja bersamaan RM0.07 sen je sehari dan ianya potongan terus daripada akaun TH korang secara tahunan.

Informasi TH Khairat:

  • Terbuka kepada pendeposit TH yang berumur seawal 30 hari sehingga 65 tahun (hari lahir berikutnya)
  • Pendaftaran boleh dilakukan di web/aplikasi THiJARI sahaja.
  • Perlindungan Takaful terhadap kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh
  •  Manfaat perlindungan sebanyak RM12,000
  • Pendeposit boleh memilih untuk sebahagian darinya iaitu RM2,000 dijadikan Infaq kepada pertubuhan kebajikan yang dinamakan Pengendali Takaful

Rugi tak daftar awal, bila dah jadi baru ‘terduduk’. Apabila kita tak bersiap sedia dari awal, maka satu kerugian untuk waris sebab ini merupakan hak kita sebagai waris yang ditinggalkan.

Nampak tak betapa pentingnya khairat kematian ni. Sedikit sebanyak pelan TH Khairat ini dapat bantu meringankan beban waris.

Diharapkan agar orang ramai mengambil serius mengenai khairat kematian ini. Bila fikir balik, takkan la kita nak susahkan waris kita pula kelak. Mestilah nak mudahkan urusan mereka nanti.

Bagi korang yang berminat dengan pelan TH Khairat ini, korang boleh ketahui dengan lebih lanjut di portal laman web Tabung Haji yang disediakan ini.

Adib Mohd