Siakap Keli
gv10 tok ram
Gambar: Astronews

GV10: Tok Ram Jelaskan Pemarkahan Sesi Duet, Tolak Lima Markah Jika Nyanyi Lagu Asal Artis Jemputan

GV10: Tok Ram Jelaskan Pemarkahan Sesi Duet, Tolak Lima Markah Jika Nyanyi Lagu Asal Artis Jemputan

Semalam, berlangsungnya pertandingan realiti nyanyian popular, All Stars Gegar Vaganza (GV) minggu keempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Pastinya minggu ini lebih hangat apabila para peserta bergandingan dengan rakan duet masing-masing.

Pun begitu, nampaknya ada juga penonton yang tidak tahu mengenai pemarkahan bagi pertandingan itu malam tadi.

Justeru, juri tetap All Stars Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS mendedahkan tentang pemarkahan dari perspektifnya. 

Katanya, lima markah akan ditolak secara automatik sekiranya mana-mana peserta menyanyikan lagu asal rakan duetnya.

Gambar: Astronews

“Mana-mana artis (peserta) yang menyanyi dengan penyanyi jemputan, yang penyanyi asal lagu itu, saya memang tolak lima markah,” katanya sewaktu ditemu bual.

Jelas juri tetap itu, beliau menyifatkan pemilihan lagu yang merupakan lagu asal rakan duet membuatkan penyanyi seperti tidak bekerja kerana telah menyanyikan judul itu berulang kali sebelum ini.

“Contohnya kenapa markah dia ditolak? Sebab dia (penyanyi asal) dah menyanyi yang beribu kali. So dia tak bekerja.

So, kalau tengok markah tu, Liza kalau tak ditolak markah mungkin dekat atas. Tapi disebabkan Ziana tu (rakan duet) penyanyi asal dan dia bernyanyi pun dah beribu kali. So dia nak bekerja macam mana tu keep a fair dengan yang lain,” ujarya lagi.

BACA JUGA: Kak Lina Umum Undur Diri, Tak Lagi Mengacara All Stars Gegar Vaganza

Sementara itu, komposer muzik berusia 65 tahun itu turut menjelaskan mengenai masalah yang sering berlaku ketika peserta menyanyikan lagu duet.

“Sebenarnya, bila duet ni, kalau tak you buat salah, saya buat salah. Bila you nyanyi solo, you ok. Jadi bila arahan kedua (nyanyi duet) yang diorang tu agak janggal sikit, so, dekat situ banyak kelemahan sikit.

“Sama juga bila saya nyanyi solo, dia pula ambil, dekat situlah banyak kesalahan. Saya dah kata, dua penyanyi (duet) dari GV1 sampai GV9, bila diorang cuba tanya saya lagu-lagu, avoid dua benda ni.

“Kenapa saya suruh avoid, lagu yang dinyanyi tu, dia sendiri yang tulis, keadaan tu berlaku dalam diri dia sendiri,” katanya sewaktu menasihati para peserta untuk mengelakkan daripada memilih lagu duet bersama penyanyi asal.

dato ramli markah
Gambar: Astronews

Dalam GV minggu kali ini menyaksikan Noryn Aziz dinobatkan sebagai juara mingguan dengan mengumpul 85.25  peratus markah diikuti Liza Hanim sebanyak 85 peratus. Di tempat ketiga pula Ayai Illusi dengan markah 83.25 peratus.

Manakala Dato’ Aishah tersingkir daripada pertandingan tersebut setelah mengumpul markah sebanyak 43.75 peratus.

@astronews1

Juri tetap All Stars Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS berkata lima markah ditolak secara automatik terhadap peserta yang menyanyikan lagu asal rakan duetnya. #AllStarsGegarVaganza #GV10 #GegarVaganza #BintangTerusMenyengat #AstroRadioNews

♬ original sound – Astro News – Astro News

Sumber: Astronews

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?