Elak Hidang Siput Sedut Hanyir, Tip Ni Bantu Bersihkan Dan Hilangkan ‘Bau’ Dalam Masakan
Cakap sahaja tentang siput sedut pasti sudah terfikirkan sajian masak lemak cili api. Walaupun susah untuk dimakan tetapi isinya yang sedap membuatkan si pemakan lupa tentang kepayahan yang dialami.
Cara untuk memasak hidangan itu tidaklah susah namun yang rumitnya adalah untuk memastikan siput itu bersih daripada segala sisa lumpur dan tanah.
Kadang-kadang kita tidak perasan binatang tersebut meninggalkan bau hanyir dan hanya mencucinya dengan sambil lewa.
Siput sedut juga berpotensi untuk mengeluarkan bau hanyir sekiranya tidak dibasuh dengan cara yang betul. Kalau nak tahu terdapat cara yang mudah untuk cuci siput sedut.
Menerusi perkongsian @keknaaaaaaaa, dia menunjukkan cara ringkas untuk membilas siput sedut itu supaya ia bersih daripada segala kotoran.
Sesetengah masyarakat menggunakan hampas kelapa untuk besihkan siput sedut, tetapi tidak semua di antara kita yang mempunyainya di rumah.
Hanya gunakan garam sahaja, siput sedut sudah bersih dan boleh dimasak. Bagi mereka yang tidak mempunyai hampas kelapa di rumah, bolehlah guna cara ini.
Mudah je, sebab bahan-bahan semua sudah tersedia di rumah dan yang paling penting tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak untuk pastikan siput sedut bersih.
Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.
BACA: Cara Cuci Belangkas Yang Betul, Kena Buang ‘Benda’ Ni Barulah ‘Confirm’ Bersih
Cara cuci siput sedut

Bahan:
Garam
Cara-cara:
Cuci dan buang tanah sehingga bersih.
Pastikan sudah bersih dan tiada tanah kemudian potong muncung dalam 30 hingga 40 peratus.
Kemudian bilas sekali lagi.
Masukkan siput sedut dalam bekas isi air dan tambahkan garam segenggam.
Ambil pinggan dan tutup selama 30 minit.
Lepas 30 minit akan nampak lendir siput keluar.
Bilas semula siput sedut dan basuh lagi sehingga bersih.
Selepas sudah siap dibasuh, bolehlah masak siput sedut itu mengikut selera masing-masing. Siput sedut ini tidak susah pun untuk dimasak, yang penting kena tahu cara.
Semoga bermanfaat.
@keknaaaaaaaa Cara kekna cuci siput sedut. Lepastu apalagey masak lomak trus 😍 #reseptiktok #siputsedut #masaklemaksiputsedut
Sumber: @keknaaaaaaaa/TikTok
BACA: Cara Nak Tukar Teks Pada “Lockscreen” Iphone, “Custom” Tambah Nama Sendiri