Jenis Tebuan Parasit Baharu Ditemui, Makan Perumah Dari Dalam
Tebuan merupakan serangga yang sangat digeruni oleh manusia. Lebih-lebih lagi kerana sengatan tebuan sangatlah bahaya.
Lebih bahaya apabila terdapat tebuan jenis parasit yang sering bertelur dalam perumahnya, lalu memakan perumah dari dalam.
Begitu jugalah dengan tebuan parasit yang baru ditemui ini. Tebuan ini dipanggil capitojoppa amazonica. Ia merupakan kumpulan tebuan parasit yang baru, yang akan menyengat mangsanya dengan ovipositor gergasinya dan menyedut darah perumah sebelum bertelur di dalamnya.
Serangga menakutkan ini ditemui oleh saintis dari Universiti Utah ketika mereka sedang membuat peninjauan di National Reserve of Allpahuayo-Mishana di Peru. Mereka meletakkan jaring besar yang dipanggil perangkap malaise untuk menangkap serangga terbang sebanyak mungkin.
Antara serangga yang ditangkap ialah seekor tebuan berwarna kuning terang, dengan kepala yang berbentuk seperti badam dan organ yang kelihatan seperti tiub yang terkeluar daripadanya. Rupanya yang unik ini membuatkan ia disamakan dengan makhluk asing.
Saintis menyimpulkan bahawa spesimen yang merupakan serangga betina dewasa itu adalah jenis serangga ‘endoparasitoid bersendirian’ yang baru.
Ia bermaksud, tebuan itu akan bertelur dalam perumahnya seperti beluncas, kumbang, dan juga labah-labah. Telurnya akan menetas dalam beberapa hari, dan larva tebuan itu akan makan perumahnya dari dalam.
Kelakuan Menakutkan
“Setelah perumah telah dijumpai dan dihinggapi, serangga itu akan memukulnya dengan sesungutnya secara panik,” kata Brandon Claridge, pakar dalam bidang biologi di Universiti Utah, kepada Live Science.
“Sekiranya boleh diterima, ia akan memasukkan sebiji telur ke dalam perumah dengan menusuknya dengan ovipositor iaitu organ bertelur berbentuk tiub,” katanya.
Capitojoppa amazonica bukanlah satu-satunya serangga parasit yang bertelur dalam perumahnya, tetapi para saintis turut mendapati kelakuan lain yang menakutkan.
Contohnya, selepas menusuk mangsa, ia akan menyedut cecair hemolimfa yang diibaratkan sebagai darah untuk serangga, melalui luka tusukan itu.
Menurut beberapa pengkaji, beberapa spesis C. amazonica akan menusuk mangsa dengan ovipositor dan makan tanpa bertelur kerana ia membantu untuk mendapatkan nutrien bagi pematangan telurnya.
Inilah sebabnya serangga ini amatlah bahaya. Itu baru tebuan parasit yang jadikan haiwan lain sebagai perumah, bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya ia menjadikan manusia sebagai perumah mereka.
Ngeri, bukan? Jadi berhati-hatilah ketika anda di luar, kerana kita tidak tahu apakah yang boleh menyakiti kita.
Sumber: OddityCentral
BACA JUGA: NASA Lancar Misi Ke Asteroid Paling Berharga, Dijangka Tiba 2029