Siakap Keli
hrithik roshan malaysia
Kredit: Instagram

Buat Peminat Bollywood, Hrithik Roshan Bakal Buat Konsert Di Malaysia 1 Disember Ini

Buat Peminat Bollywood, Hrithik Roshan Bakal Buat Konsert Di Malaysia 1 Disember Ini

Pelakon terkenal Bollywood, Hrithik Roshan bakal bertemu peminat di Malaysia menerusi konsertnya, STARS ON FIRE TOUR.

Berita yang dinanti-nantikan itu dimaklumkan sendiri oleh pelakon berkenaan melalui video yang dimuat naik di Instagram @yessbossgroup dan @heartart_production. 

“Hai Malaysia, apa khabar. Saya merasa teruja untuk mengadakan persembahan secara langsung di ibu negara, Kuala Lumpur selepas tidak bersua dengan anda selama lapan tahun,” katanya.

Menurut pelakon berusia 49 tahun itu lagi, beliau amat tersentuh dengan sambutan hangat yang diberikan oleh peminat tempatan sebelum ini.

Justeru, beliau merasa tidak sabar untuk bertemu rakyat Malaysia sekali lagi menerusi konsert yang dijadualkan akan diadakan pada 1 Disember nanti.

Konsert Stars On Fire bakal hilangkan rasa rindu peminat Hrithak Roshan selama lapan tahun

Untuk makluman, konsert Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Konsert ini juga difahamakan merupakan  satu kolaborasi bersama Heart Art Entertainment dan Dembi Productions.

Menurut Astro Gempak, bintang yang terkenal menerusi filem Kaho Na Pyar Hai itu akan mengadakan konsert dengan diiringi barisan penari hebat.

 

Menjadikan konsert ini lebih menarik, persembahan Hrithik itu juga akan mendapat sentuhan daripada pengarah koreografi, penerbit dan aktor Prabhudeva.

Gandingan kedua-dua nama hebat ini dijangka akan menjadikan konsert ini sebagai satu konsert yang tidak dapat dilupakan.

Selain itu, konsert ini menampilkan pasangan yang disayangi ramai iaitu Bharti Singh dan Harsh Limbachiyaa sebagai pembuka acara. Acara turut bakal diserikan dengan kehadiran Aastha Gills, Vaani Kapoor dan Sanya Malhotra.

Tarikh pembelian tiket konsert Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan diumumkan tidak lama lagi.

Hrithik Roshan merupakan nama besar dalam Bollywood dan menjadi tunjang kepada deretan filem terkenal dari India. Antaranya adalah Koi…Mil Gaya, Dhoom 2 dan Krrish 3.

BACA: Dah Lama Perhati, Kenapa Duit Syiling Ada ‘Gigi’ Kat Tepi? Bukan Saja-saja, Ini Sebabnya

Sumber: yessbossgroup & heartart_production via Instagram, Astro Gempak

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma