Siakap Keli
Ireland sumbang Palestin
Kredit Anadolu Agency

Kerajaan Ireland Sumbang RM65.5 Juta Pakej Bantuan Kemanusiaan Kepada Palestin

Kerajaan Ireland Sumbang RM65.5 Juta Pakej Bantuan Kemanusiaan Kepada Palestin

Kerajaan Ireland mengumumkan akan menyalurkan pakej bantuan kemanusiaan segera sebanyak 13 juta euro (RM65.5 juta) kepada rakyat Palestin, lapor AFP.

Dana itu hampir dua kali ganda nilai bajet bantuan Ireland kepada PBB yang menyokong rakyat Palestin, kata kerajaan itu.

“Ini adalah krisis yang tidak boleh dilengahkan,” kata menteri luar negeri , Michael Martin dalam satu kenyataan.

Beliau juga menyeru Kesatuan Eropah (EU) untuk tampil kehadapan dan memberikan apa sahaja bentuk bantuan yang mereka boleh.

Memetik kenyataan Perdana Menteri Leo Varadkar, Martin menggesa agar pembukaan koridor dari Mesir ke semenanjung Gaza bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan.

Sehingga kini, penduduk Gaza mengalami gangguan bekalan yang teruk susulan konflik yang berlaku sejak 7 Oktober lalu.

Konflik itu telah mencetuskan kacau-bilau dan telah meragut kira-kira 3,478 nyawa di Gaza dan 1,400 nyawa di Israel, menurut pegawai kedua-dua negara.

Semalam, Israel mengumumkan bahawa mereka akan membenarkan pembukaan sempadan Mesir dan Semenanjung Gaza itu untuk laluan bantuan.

Rusia Kerah Pesawat Khas, Hantar 27 Tan Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza

Rusia dilaporkan akan menghantar sebanyak 27 tan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Semenanjung Gaza ekoran konflik yang masih berterusan di rantau itu, lapor AA.

Perkara itu diumumkan oleh kerajaan Rusia pada awal pagi tadi bagi membantu penduduk Gaza yang terkesan dengan konflik tersebut.

“Bantuan itu dihantar atas arahan Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin dan pihak kerajaan Persekutuan Rusia,” kata kenyataan Kementerian Situasi Kecemasan negara itu.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Kenyataan itu juga mengatakan bahawa sebuah pesawat khas telah berlepas dari Moscow ke lapangan terbang El Arish di Semenanjung Sinai, Mesir.

Pesawat itu dilaporkan membawa bekalan makanan seperti tepung, gula, beras dan pasta.

“Bantuan kemanusiaan Rusia akan diserahkan kepada wakil Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir untuk dihantar ke Semenanjung Gaza,” tambah kenyataan itu.

Sumber: AFP

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka